Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Tuesday 10 July 2012

Kepentingan Stok Susu Walaupun Ibu Tidak Bekerja

Mungkin masih ramai yang tidak menyedari kepentingan stok susu (EBM) apabila ibu tidak bekerja atau bercuti dalam pantang. Ini kerana merasakan 24/7 ibu bersama bayi. Bagi mereka yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu...disarankan supaya bersedia dengan stok susu. Apa keperluan buat stok bila ibu 24/7 bersama bayi ?? Bak kata pepatah, "malang tak berbau"....

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri...


Pada mulanya saya fikir tak perlu buat stok awal-awal. Saya mula simpan susu pada hari ke-4 itu pun kerana 'terpaksa'. Saya memang tak bercadang untuk buat stok awal kerana memikirkan cuti bersalin saya 3 bulan dan susu disimpan dalam peti ais 2 pintu tahan 3 bulan sahaja. Siap rasa 'terpaksa' lagi...;p

Saya 'terpaksa' buat stok diperingkat awal kerana mengalami bengkak susu dan Imran pula minum sikit..tido je lebih ;p Biasala baby baru lahir =) Tapi memang Imran lebih banyak tidur berbanding Abang Long Umar.

Untuk elakkan bengkak jadi teruk, saya perlu pump, jadi susu yang dipump dibuat stok. Plan asal..tak pe la stok tu akan digunakan dalam bulan puasa nanti dan untuk latih Imran sebelum masuk taska. Tapi rupanya saya perlu gunakannya lebih awal kerana mengalami luka. Ye lah..bila luka..akan menyebabkan sakit dan luka akan makin lambat sembuh malah mungkin bertambah teruk dan berdarah jika terus dihisap baby.

Alhamdulillah..dengan adanya stok susu, saya berikan Imran stok susu sementara memberi ruang luka sembuh.


Ibu-ibu menyusu mungkin akan menghadapi keadaan di mana puting luka atau merekah. Jadi elok lah sekiranya ibu bersedia dengan keadaan luar jangka tapi biasa berlaku seperti ini. Kes saya ni mungkin kes kecil sahaja..tapi..harap2 dapat memberi gambaran kepada ibu-ibu tentang keperluan stok susu walaupun secara normalnya sepenuh masa akan bersama bayi. 


Macam2 lagi kes kecemasan yang mungkin berlaku. Selain keadaan luar jangka, stok susu juga berguna bila bayi menyusu terlalu kerap. Ibu mungkin akan rasa 'tidak cukup susu'. Keadaan ni biasa berlaku semasa dalam pantang.

Bagi ibu yang sentiasa bersama bayi atau untuk persediaan keadaan tak terduga dalam pantang..mungkin memadai untuk ada beberapa stok sahaja, tidak perlu la simpan stok sampai penuh peti ais seperti persiapan stok sebelum bekerja ;)

Alhamdulillah..hingga saat ini Allah masih mengizinkan Imran minum susu ibu sepenuhnya....

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~