Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Tuesday 29 October 2013

Susu Ibu - Alhamdulillah nikmat Allah bagi...

Hari ni terkenang tentang perjalanan penyusuan..bermula dari sebelum ada anak hingga sekarang. Terasa nak ungkit balik semuanya supaya diri ini lebih bersyukur kepada Mu Ya Allah. Setiap kali baca entri..boleh kenang balik nikmat tak terhingga yang Allah dah bagi. Engkau telah memberikan nikmat tak terhingga Ya Allah. Tiada daya kekuatan apa pun melainkan atas izin dan kehendak Mu Ya Allah.

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah,

Allah tentukan saya dapat anak selepas 2 tahun berkahwin, tempoh tu memberi ruang dan masa untuk saya belajar dan terdedah dengan ilmu keluarga. Kemudian, sebelum mengandung lagi Allah tentukan saya berada di kalangan mereka yang support susu ibu.

Selepas bersalin, Allah permudahkan penyusuan saya,
Allah bagi saya kesihatan yang membolehkan saya menyusukan anak tanpa masalah.
Allah bagi saya pengetahuan, kesedaran, semangat dan kemudahan dalam penyusuan susu ibu.
Allah jadikan anak saya suka menyusu secara direct..tidak keliru puting atau lebih suka puting botol.
Allah bagi saya anak yang kurang menggigit masa menyusu.
Allah bagi saya susu yang cukup malah lebih boleh buat stok.
Allah bagi saya suami dan keluarga yang support penyusuan susu ibu.
Allah bagi saya mempunyai pam susu yang baik yang memudahkan saya memerah susu semasa tidak bersama anak.
Allah bagi saya berada di kalangan mereka yang sama-sama pam susu di ofis. Semakin hari semakin bertambah ahli kumpulan ibu mengepam di ofis. Sehingga kini..hampir setahun setengah mengepam bagi sesi yang ke-2, tak terasa lama dengan ditemani ahli kumpulan ibu mengepam =) Kak Jalilah, Kak Suzana, Hamidah, Fateen, Wawa, Aisyah, Nita, Jannah, Ros, Fizah..Terima kasih jadi peneman. InsyaAllah, beberapa bulan lagi akan bertambah lagi ahli kumpulan ibu mengepam bila ofismate yang sedang dalam pantang pun dah menanam niat untuk fully breastfeed.

Terima kasih Allah..segala puji bagi Mu. Terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan. Tak terhitung banyak nya. Masukkan lah kami ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Permudahkanlah kami dalam mengerjakan suruhan Mu Ya Allah.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~