Hari ni terkenang tentang perjalanan penyusuan..bermula dari sebelum ada anak hingga sekarang. Terasa nak ungkit balik semuanya supaya diri ini lebih bersyukur kepada Mu Ya Allah. Setiap kali baca entri..boleh kenang balik nikmat tak terhingga yang Allah dah bagi. Engkau telah memberikan nikmat tak terhingga Ya Allah. Tiada daya kekuatan apa pun melainkan atas izin dan kehendak Mu Ya Allah.
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah,
Allah tentukan saya dapat anak selepas 2 tahun berkahwin, tempoh tu memberi ruang dan masa untuk saya belajar dan terdedah dengan ilmu keluarga. Kemudian, sebelum mengandung lagi Allah tentukan saya berada di kalangan mereka yang support susu ibu.
Selepas bersalin, Allah permudahkan penyusuan saya,
Allah bagi saya kesihatan yang membolehkan saya menyusukan anak tanpa masalah.
Allah bagi saya pengetahuan, kesedaran, semangat dan kemudahan dalam penyusuan susu ibu.
Allah jadikan anak saya suka menyusu secara direct..tidak keliru puting atau lebih suka puting botol.
Allah bagi saya anak yang kurang menggigit masa menyusu.
Allah bagi saya susu yang cukup malah lebih boleh buat stok.
Allah bagi saya suami dan keluarga yang support penyusuan susu ibu.
Allah bagi saya mempunyai pam susu yang baik yang memudahkan saya memerah susu semasa tidak bersama anak.
Allah bagi saya berada di kalangan mereka yang sama-sama pam susu di ofis. Semakin hari semakin bertambah ahli kumpulan ibu mengepam di ofis. Sehingga kini..hampir setahun setengah mengepam bagi sesi yang ke-2, tak terasa lama dengan ditemani ahli kumpulan ibu mengepam =) Kak Jalilah, Kak Suzana, Hamidah, Fateen, Wawa, Aisyah, Nita, Jannah, Ros, Fizah..Terima kasih jadi peneman. InsyaAllah, beberapa bulan lagi akan bertambah lagi ahli kumpulan ibu mengepam bila ofismate yang sedang dalam pantang pun dah menanam niat untuk fully breastfeed.
Terima kasih Allah..segala puji bagi Mu. Terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan. Tak terhitung banyak nya. Masukkan lah kami ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Permudahkanlah kami dalam mengerjakan suruhan Mu Ya Allah.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Tuesday, 29 October 2013
Thursday, 12 September 2013
Testimoni Kolagen Shaklee - Kulit Sihat Cantik
Berikut ni testimonial adik saya yang mencuba Kolagen Shaklee, Energizing Soy Protein dan GLA Complex.
Pendapat peribadi saya sebagai kakak =p..rugi jugak kan cuba macam-macam produk walaupun lebih murah tetapi tak memdapat kesan yang diharapkan. Bila dijumlahkan, mungkin kos sebelum ni lebih mahal dari harga kolagen Shaklee. Product lain dicuba habis satu canister, tapi tak mendapat kesan yang diharapkan, kolagen shaklee, tak sempat habis satu kotak dah dapat kesan. Tak untung ke?
Gambar produk je yang dapat ditunjukkan di sini kerana gambar kulit adalah dalam area aurat. Menurut adik saya lagi, selulit di kaki dia pun dah hilang!!
Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )
** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Bagi muslim, kesan dari apa yang kita usahakan adalah dengan izin dari Allah SWT jua.
Assalamualaikum....nk kongsi kesan set super mantap shaklee ni (kolagen+gla+esp).....dulu lg duk cuba losyen dn supplement utk hilangkan sisik2 ular yg ada tapi tak berkesan (sisik ular : tona kulit tak sekata, bertompok dan kering) ....org lain sibuk duk cari nak muka comel...tapi kita cari untuk kulit...(al maklum lah tak suka mkn sayur)kata org,,,, lain org lain effect....alhamdulillah dengan izin Allah, set shaklee ni jd penawarnya......selepas ambik ESP + Collagen + GLA, dalam 14 hari.. sisik ular dah hilang..... kulit lebih lembab dan pakej yg penting mcm makin putih bersinar2...ceewahAdik saya mengalami masalah kulit tidak sekata dan kering sejak dari remaja. Pernah cuba pelbagai cream, minyak dan kolagen dari produk lain di pasaran. Adik saya ni ambik masa nak cuba kolagen shaklee kerana harganya. Jadi dia cuba produk-produk lain dahulu.
Pendapat peribadi saya sebagai kakak =p..rugi jugak kan cuba macam-macam produk walaupun lebih murah tetapi tak memdapat kesan yang diharapkan. Bila dijumlahkan, mungkin kos sebelum ni lebih mahal dari harga kolagen Shaklee. Product lain dicuba habis satu canister, tapi tak mendapat kesan yang diharapkan, kolagen shaklee, tak sempat habis satu kotak dah dapat kesan. Tak untung ke?
Gambar produk je yang dapat ditunjukkan di sini kerana gambar kulit adalah dalam area aurat. Menurut adik saya lagi, selulit di kaki dia pun dah hilang!!
Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )
** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Bagi muslim, kesan dari apa yang kita usahakan adalah dengan izin dari Allah SWT jua.
Thursday, 6 September 2012
Kebaikan Vitamin C untuk Selesema
Alhamdulillah saya sekeluarga baru recover dari selesema. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana tak terjangkit kat Imran. Setiap hari balik keje berdebar-debar check Imran takut-takut terjangkit sama. Kesian sangat kalau baby selesema..tidur terganggu..minum susu pun tak selesa. Cuma Umar, ayah dan ummi je kena. Umar pun cuma selesema je, tak sambung dengan batuk. Kebiasaannya bila selesema..lepas tu batuk plak. Dulu…sebelum mula mengambil supplement..saya pun camtu, kalau selesema..lepas tu confirm batuk.
Cite pasal selesema ni..saya nak relate dengan 3 konsep asas kehidupan kita iaitu Usaha, Doa & Tawakkal.
Memang fitrah sume ibu inginkan anak2 dan keluarga yang sihat kan. Kalau boleh tak nak anak-anak sakit..biarlah sakit tu ibu yang tanggung (lagi bagus kalau ayah yang tanggung kan sebab bila ibu sakit...anak-anak dan urusan rumah sedikit terabai ;p)
Usaha
Sebagai usaha..Bila Umar mula menampakkan tanda-tanda nak selesema, saya bagi Umar makan Vitamin C untuk kanak-kanak dan sedikit nutriferon. Saya pulak extra kan pengambilan Vita-C dan ambil nutriferon. Nutriferon ni kongsi ngan Umar. Memang niat dihati..untuk pertahanan..tak nak Imran terjangkit. Mungkin sebab tu lah saya sendiri terjangkit jugak ngan selesema tu..Imran je selamat =)
Kadang-kadang…bila Umar kurang sihat, saya bagi minyak kelapa dara + madu sama. Tapi nak bagi ni thrill sikit..so kalau boleh control ngan makan Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon..saya bagi ni je.
Doa
Ya Allah..kurniakan lah kesihatan kepada keluargaku. Engkau sembuhkanlah kami..Kurniakan lah kepada kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian sakit ini. Janganlah Engkau uji kami dengan kesakitan yang berbahaya. Dan Engkau lindungilah Imran dari dijangkiti Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Tawakkal
Dengan doa dan usaha…then... tawakkal dan meletakkan seluruh pergantungan kepada Allah. Apa yang kita doa dan usahakan hanya berjaya jika diizinkan-Nya. Yang menyembuhkan Allah.
Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya recover dari selesema tanpa perlu makan ubat. Honestly… memang tak suka makan ubat selesema sebab rasa lalok dan mengantuk yang teramat. Setakat ni ‘petua’ saya bila kene selesema..increase kan pengambilan Vita-C. Satu lagi..sekarang ni kalau kene selesema pun…mild je..tak de rasa panas kepala, kerengsaan pada mata dan tahap mukus meleleh pun tak teruk..dalam 3 4 hari baik.
3 4 hari baru baik? Lamanya !! Yup, sebab vitamin C bukan ubat..ia adalah makanan tambahan =)
** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
012 - 374 2708 :: nora4adam@gmail.com
Tuesday, 10 July 2012
Kepentingan Stok Susu Walaupun Ibu Tidak Bekerja
Mungkin masih ramai yang tidak menyedari kepentingan stok susu (EBM) apabila ibu tidak bekerja atau bercuti dalam pantang. Ini kerana merasakan 24/7 ibu bersama bayi. Bagi mereka yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu...disarankan supaya bersedia dengan stok susu. Apa keperluan buat stok bila ibu 24/7 bersama bayi ?? Bak kata pepatah, "malang tak berbau"....
Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri...
Pada mulanya saya fikir tak perlu buat stok awal-awal. Saya mula simpan susu pada hari ke-4 itu pun kerana 'terpaksa'. Saya memang tak bercadang untuk buat stok awal kerana memikirkan cuti bersalin saya 3 bulan dan susu disimpan dalam peti ais 2 pintu tahan 3 bulan sahaja. Siap rasa 'terpaksa' lagi...;p
Saya 'terpaksa' buat stok diperingkat awal kerana mengalami bengkak susu dan Imran pula minum sikit..tido je lebih ;p Biasala baby baru lahir =) Tapi memang Imran lebih banyak tidur berbanding Abang Long Umar.
Untuk elakkan bengkak jadi teruk, saya perlu pump, jadi susu yang dipump dibuat stok. Plan asal..tak pe la stok tu akan digunakan dalam bulan puasa nanti dan untuk latih Imran sebelum masuk taska. Tapi rupanya saya perlu gunakannya lebih awal kerana mengalami luka. Ye lah..bila luka..akan menyebabkan sakit dan luka akan makin lambat sembuh malah mungkin bertambah teruk dan berdarah jika terus dihisap baby.
Alhamdulillah..dengan adanya stok susu, saya berikan Imran stok susu sementara memberi ruang luka sembuh.
Ibu-ibu menyusu mungkin akan menghadapi keadaan di mana puting luka atau merekah. Jadi elok lah sekiranya ibu bersedia dengan keadaan luar jangka tapi biasa berlaku seperti ini. Kes saya ni mungkin kes kecil sahaja..tapi..harap2 dapat memberi gambaran kepada ibu-ibu tentang keperluan stok susu walaupun secara normalnya sepenuh masa akan bersama bayi.
Macam2 lagi kes kecemasan yang mungkin berlaku. Selain keadaan luar jangka, stok susu juga berguna bila bayi menyusu terlalu kerap. Ibu mungkin akan rasa 'tidak cukup susu'. Keadaan ni biasa berlaku semasa dalam pantang.
Bagi ibu yang sentiasa bersama bayi atau untuk persediaan keadaan tak terduga dalam pantang..mungkin memadai untuk ada beberapa stok sahaja, tidak perlu la simpan stok sampai penuh peti ais seperti persiapan stok sebelum bekerja ;)
Alhamdulillah..hingga saat ini Allah masih mengizinkan Imran minum susu ibu sepenuhnya....

Thursday, 14 June 2012
Pengalaman Bersalin
Alhamdulillah dah hampir 1bulan usia Imran Hussein..Putera ke dua kami. Syukur di atas kurniaan Allah SWT yang Maha Hebat. Catatan ini sebagai catatan untuk ingatan saya dan keluarga (maklum la saya ni spesis short term memory ;p)
Kenangan bersalinkan Umar macam dah ingat-ingat lupa. Sampaikan masa nak bersalinkan Imran, saya rasa lebih nervous sebab dah lupa macam2...cmne cara nak kawal pernafasan, cmne rasa sakit nak bersalin etc ;p
Imran Hussein lahir pada 20 Mei 2012 jam 3.58 malam. Mula2 berhajat supaya Imran lahir 26 Mei, boleh jadi hadiah anniversary Ummi ngan Ayah ;) tapi dek kerana tumbesaran pesat Imran bila dah masuk minggu akhir2..redha je la..biar la bersalin awal sikit pun. Seram .. seriau kalau2 lagi besar dari abang long Umar.
Saya mula turun tanda hari ahad pagi. Sebelum tu dapat berita adik ipar dah bersalin. EDD kitorg beza dalam sebulan, dan EDD saya dulu..tup2 adik ipar bersalin dulu. Berdebar-debar gak.. “Dah sampai masa ke?”. Dalam berdebar-debar tu, sebab tak de rasa sakit apa..tetap gak gi Pasar Borong dan melawat adik ipar kat Hospital Serdang. Beg untuk bawak ke hospital ready je dalam kete. Rupa-rupanya seminggu jugak la untuk sampai masa. Dalam masa tu saya tetap gi kerja macam biasa..setiap hari berdebar takut sakit / pecah ketuban kat ofis, dan setiap hari rasa hari ni hari terakhir ke g keje ??
Hari kejadian...petang sabtu bawak Ma dan Umar round2 putrajaya, malamnya plak bawak Ma pergi makan nasi beriani kat JM Bariani House Bangi. Sempat jugak merasa nasi beriani sebelum berpantang ;p
Balik..hubby bawak Umar gi rumah nenek..saya dan Ma stay kat rumah je dan saya ambik kesempatan kemas2 rumah sementara Umar tak de. Hubby ngan Umar balik lambat gak..lepas tidurkan Umar, masa untuk Ummi plak tido ;p
Dalam masa nak lena..terasa cam sakit je perut. Saya ambik handset dan catat selang masa sakit..Sambil tu saya telan OsteMatrix dan Alfalfa.. Persediaan kalau2 dah sampai masa. Tengok pattern sakit 5 minit sekali..Terus mandi, pastu kejut hubby dan siap2 ke hospital. Umar tinggal ngan Nek Wan.
Sampai An-Nur kul 3 pagi, register pastu terus dibawak ke labor room. Bukaan dah 6-7 cm. Alhamdulillah, syukur bukaan dah banyak, tak de la kene tunggu lama ;)
Nurse buat pemeriksaan dan persediaan yang patut..then Doktor Khamsiah sampai. Dengar suara Doktor bagi salam..suara baru bangun tido..cian doktor ;p
Doktor Khamsiah check bukaan 7 cm dan pecahkan ketuban. Doc pesan.. “Bila dah pecahkan ketuban, sakit lebih terasa dan kerap. Kalau dah rasa nak teran, bagitau ye”.
Saya pegang tangan hubby sambil tahan sakit dan baca doa Nabi Yunus. Sebelum tu dah minum air zam-zam yang hubby dah buat air selusuh. Beberapa kali tahan sakit, mula rasa gesaan untuk meneran. Nurse datang hulurkan kurma, tapi tak sempat makan..baru nak suap dah kene ready untuk masa yang ditunggu2..huhu..cuak nya rasa masa tu ;p
Dengar suara doc khamsiah..”Sayang, kalau rasa nak teran..teran ye”. Rasa tenang je dengar layanan doc..nurse2 pun sama, bagi support dan layanan yang baik. Alhamdulillah tak sampai 5 kali sesi cubaan (rasanya dalam 3 4 kali cubaan kut)..dengan support dari hubby, doc dan nurse serta sisa2 tenaga nasi beriani ;p 3.58 pagi..Syukur Alhamdulillah Imran Hussein selamat dilahirkan.
Lepas lahir..baby terus diletak atas dada saya..lega dan syukurnya tengok baby =) seperti masa Umar dulu, hubby potong tali pusat dan baby di bawa untuk timbang dan dibersihkan.
Syukur kali ni saya dapat melalui setiap proses dalam keadaan sedar. Masa Umar dulu, selepas Umar dibawa untuk dibersihkan, saya tak sedar..sedar2 sume dah siap dan ready untuk balik ke bilik. Kali ni dapat dengar suara hubby azan, merasai proses jahit etc. Lepas selesai sume, doc Khamsiah salam dengan saya sambil ucapkan tahniah sambil cium dahi saya.
Dalam setengah jam lepas bersalin, nurse datang tanya boleh tak susukan baby. Laju saya jawab..InsyaAllah boleh.. Memang tu la niat saya, nak susukan baby secepat yang boleh. Indahnya perasaan masa susukan baby..teringat moment2 masa susukan Umar =) yang best tengok muka baby masa tengah menyusu =)
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan seiring dengan plan saya untuk bersalin tanpa ambil ubat tahan sakit, tanpa induce dan susukan baby dalam masa sejam lepas bersalin.
Alhamdulillah..memang syukur sangat dengan apa yang Allah dah kurniakan....
Kenapa saya ambil OsteMatrix dan Alfalfa..
Kerana kalsium diperlukan dalam rangsangan penguncupan uterus semasa bersalin dan dalam penghasilan susu manakala Alfalfa dikatakan boleh merangsang contraction. **

Catatan selang masa sakit |

Imran Hussein |
Kenapa saya ambil OsteMatrix dan Alfalfa..
Kerana kalsium diperlukan dalam rangsangan penguncupan uterus semasa bersalin dan dalam penghasilan susu manakala Alfalfa dikatakan boleh merangsang contraction. **
** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Labels:
Bersalin
,
Breastfeeding
,
Peribadi
Friday, 13 April 2012
Kurus Dengan Kebaikan Omega-3
Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan berat badan?
Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?
Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepada penghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.
Ooohh..apa plak leptin tu? Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.
Ok..berikut info ringkas tentang hormon leptin :
- Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
- Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
- Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar.
- Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar.
- Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan.
- Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Mengawal tahap kelaparan adalah antara perkara penting dalam kejayaan diet. Ramai yang 'tewas' dalam usaha untuk diet kerana gagal mengawal selera makan.
Rasa lapar akan mendorong kita untuk makan. Apabila rasa lapar dapat dibendung, proses diet akan menjadi lebih mudah dan tidak 'menyeksakan'.
Kebanyakan orang mengamalkan diet dengan cara kurang makan, tetapi dalam masa yang sama perasaan untuk makan membuak-buak. Tu sebab kadang-kadang bila nafsu menguasai..diet hilang ntah ke mana..melantak sepuas hati..ala-ala balas dendam gitu..
Dengan kesan yang dapat Omega-3 berikan terhadap hormon leptin, cabaran untuk mengawal selera makan lebih mudah dan berlaku secara semulajadi.
Walaubagaimanapun, perlu disedari..hanya dengan pengambilan asid lemak omega-3, berat badan tidak akan turun seperti magik..pengambilan makanan tetap perlu dikawal dan senaman tetap perlu diamalkan.
Kita ni selalu nak magik je..'Tinggg' terus nak jadi apa yang kita nak. Semua dalam hidup ini perlu pada usaha ! Kalau setiap kali makan melantak seperti tak makan sebulan..macamana nak kurus ??? ;p (peace !!)
Tips mudah untuk memastikan tahap leptin kekal tinggi dan menyimpan ketagihan di bawah kawalan adalah TIDUR LENA!! Semasa tidur, tahap leptin secara semulajadi meningkat !
Untuk lebih memahami tentang konsep hormon leptin dan diet, jemput baca di http://nutritionwonderland.com/2009/06/understanding-our-bodies-leptin-the-fullness-hormone/
** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )
Labels:
Kurus
,
Omega Guard
,
Omega-3
,
Shaklee
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Disclaimer
Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Proses Order
Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.
***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.
VBD
Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~