Friday, 19 August 2011

Susu Ibu Tercemar


Susu ibu memang sebaik-baik susu untuk bayi kita. Iya lah, susu manusia pasti yang terbaik juga untuk manusia. Secara umumnya, sepertimana yang biasa diketahui, sekiranya bayi mendapat susu secara direct feeding, susu ibu itu tidak tercemar.

Susu ibu boleh tercemar semasa pengendalian EBM, contohnya apabila bekas atau botol yang digunakan untuk menyimpan EBM tidak dicuci dan disteril dengan betul.

Tetapi, tahu kah anda, dalam kes-kes tertentu, walaupun bayi menyusu secara direct, susu yang diminum oleh bayi boleh tercemar? Eh..Biar betul !! Ya, keadaan ini berlaku jika ibu terdedah kepada pencemaran atau racun contohnya racun perosak. Bayi boleh terdedah kepada pencemaran melalui susu ibu.

Di bawah adalah petikan dari Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits - CPAK)

"Apabila racun perosak memasuki tubuh siibu, dan memasuki organ-organ tubuhnya seperti hati atau buah pinggang, ia hanya dikeluarkan melalui pembuangan air kecil, air besar atau peluh. Racun perosak juga akan memasuki bahagian-bahagian tubuh yang berlemak dimana ia akan terkumpul. Salah satunya adalah buah dada wanita. Susu ibu sering kali digunakan sebagai bahan untuk mengukur kadar pencemaran kerana ia mudah untuk diperolehi. Ia adalah lebih mudah berbanding dengan cara biopsi yang menyakitkan untuk mengukur tisu lemak di bahagian yang lain. Perlu diingat bahawa organ-organ yang lain dan juga semua bahagian-bahagian yang berlemak di dalam tubuh manusia boleh tercemar dengan racun perosak.
 Daripada berhenti memberikan susu ibu kepada bayi adalah lebih baik kita menghentikan penggunaan racun perosak”

Sumber : http://pertanianperak.gov.my/jpp/images/pdf/Kesan%20Racun%20Perosak%20Terhadap%20Kesihatan.pdf

Alhamdulillah, hari ini, kesedaran untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi sudah semakin meningkat dikalangan kita dan ia membawa kepada trend penggunaan bahan-bahan organik dan semulajadi. Semoga kesedaran ini terus meningkat dan menjadi pilihan hidup kita.

Selain itu, saya pernah terbaca artikel tentang Kacip Fatimah perlu dielakkan oleh ibu-ibu menyusu. Walaupun tiada kajian yang membuktikannya setakat ini, berdasarkan kenyataan di atas, pendapat peribadi saya, lebih baik kita mengambil jalan selamat dengan menghindarkan pengambilan Kacip Fatimah. Ini kerana, salah satu fungsi utama Kacip Fatimah adalah Super Detox. Jadi tidak mustahil toksin yang disingkirkan dari badan ibu dikeluarkan bersama-sama susu ibu. Wallahua’lam..

Susu ibu tetap susu terbaik, ibu-ibu, sama-samalah kita menghindari sesuatu yang boleh mencemarkan susu ibu agar susu kita terpelihara dan menjadi sumber terbaik untuk anak tersayang.

Salam sihat dan kebahagiaan untuk semua =)

No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~