Thursday 10 November 2011

OBES Memberi Saya Tenaga Semasa mengandung

Tengok tarikh last post..10-11-2011, hari ni 11-11-2011. Hmm..rupanya genap sebulan tak update blog. Sejak pregnant ni berat sungguh nak update. Mood ke laut..Alhamdulillah Allah bagi kekuatan hari ini =)

Nak berkongsi pengalaman pregnant kali ni, tak banyak sangat perbezaan kali ni dengan masa mengandungkan Umar dulu.

Dari segi makan, dulu..walaupun masa 1st trimester rasa tak selera, tapi masih boleh makan dan tak de masalah untuk makan sayur. Kali ni, agak tak lalu nak makan nasi berlauk dan sayur kat kedai. Klu masak sendiri..boleh lagi la. Yang lalu cuma masakan panas, sayur sikit-sikit la..paksa-paksa makan.

Seperti yang dulu, masa pregnant memang tak dapat lari dari rasa letih. Bezanya dulu jaga baby dalam perut je dan duduk pulak rumah mak mertua, so kerja-kerja rumah tak de la banyak kene buat. Sekarang ni melayan kerenah abang yang nak dapat adik (tau2 je la cmne) dan sume keje-keje rumah dibuat sendiri.

Ingat lagi dulu, balik keje..lepas solat maghrib dah tak tertahan-tahan lagi nak tidur. Biasanya lepas maghrib terus flat..tengah malam baru bangun solat isyak. Kadang-kadang terlepas dinner..yang penting nak tido !! Kalau gagah, bangun la time isyak..solat dan dinner. Tapi lepas maghrib mesti nak tido. Pagi-pagi..bukan main berat lagi nak bangun padahal dah tido awal..selalu gak cuti sebab rasa malas dan tak larat nak gi keje...oopsss. Bila dah rehat-rehat..dalam kul 9 ke 10 pagi baru rasa menyesal cuti. Kali ni, memang rasa letih, tapi rasa letih tu dapat diatasi dengan bantuan Allah melalui supplement. Saya panggil OBES..hehe..cam tak best kan nama dia..OBES = O : OsteMatrix, B : B Complex dan ESP : Energizing Soy Protein. Selain OBES, saya juga mengambil Vita-Lea dan Vitamin C seperti yang dicadangkan dalam Set Mengandung.


OsteMatrix, B-Complex dan Energizing Soy Protein



Apa faedah yang saya dapat dari OBES ??

OsteMatrix : nama manjanya Oste..Oste ni kalsium. Kalau anda baca tentang kalsium, mesti akan jumpa fakta yang mengatakan Vitamin D merangsang penyerapan kalsium. Vitamin D ni antara lainnya boleh didapati dari matahari pagi. Tetapi, sempat ke kita dapat matahari pagi? keluar rumah sebelum matahari terbit, pastu bertapa dalam ofis, keluar ofis masa lunch..masa tu dah tak de Vitamin D..yang dapat cuma sinaran UV. Kalau rajin, pagi hari minggu boleh la beriadah di taman atau sidai baju dan bersihkan laman..sambil-sambil boleh la dapat Vitamin D. Tapi kalau beriadah atas katil je..tak dapek la den nak nolong... Oste ni adalah kalsium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti magnesium, boron, mangan dan copper dan zinc. Mineral seperti mangan, copper dan zinc merupakan faktor utama yang membantu membina jisim tulang. Kira lengkap la untuk pembinaan dan pembentukan tulang yang sihat.
Perubahan : Sejak ambil Oste, saya rasa segar bila bangun pagi..tersedar kul 4 pagi dah rasa cukup tidur..tinggal rajin ngan malas je nak bangun..huhu..tak de la lagi rasa malas nak gi keje =). Kalau tido lambat kul 12 ke 1 pun, kat ofis steady je.
Dah tak de lagi masalah sembelit..huh..masalah biasa time pregnant. Alhamdulillah..Bila timenya tiba...mudah je =) Tambah lagi sekarang tak lalu makan sayur, kalau sebelum ni time tak pregnant pun, kalau tak cukup makan sayur / serat, siap la.
Bagi saya, penting untuk saya ambil kalsium sebab saya pregnant dan dalam masa yang sama menyusukan Umar..kiranya kalsium untuk 3 orang.

B-Complex : B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan juga asid folik. Asid Folik memang saya perlukan sepanjang pregnant ni. B-Complex juga membantu saya bertenaga sebab B-Complex membakar karbohidrat menjadi tenaga. Ia juga membantu saya dalam mengawal emosi dan stress. Time2 pregnant ni memang cepat rasa nak marah..terutamanya kalau Umar buat perangai. Bila terlupa makan memang terasa la kehadiran singa dalam diri ini..huhu.
Perubahan : Sebenarnya dah lebih setahun saya ambil B-Complex, sejak Umar 7 bulan. Perubahannya itu lah, rasa bertenaga, tenang dan relax.

ESP : ESP seperti namanya..energizing memang memberi tenaga. Dipetik dari website shaklee..

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Mula ambil ESP sebelum puasa yang lepas untuk membantu saya bertenaga dan buat stok susu. Masa pregnant ni, ESP benar-benar membantu memberikan tenaga dan sedikit sebanyak juga membantu penyusuan. Masa raya hari tu agak selalu terskip minum ESP. Maklumla sibuk beraya dan perut kenyang ngan juadah raya. Dari rasa letih yang rasanya cam pelik semacam tu la saya suspect yang saya pregnant..period pun memang dah ala-ala lambat. Check2..memang positif. Sejak tu saya jarang skip ESP sebab bila skip, rasa letih dan rasa nak baring je..dan rasa tu membawa kepada rasa malas. I DON'T LIKE IT! Memikirkan apa pun tak jadi bila rasa letih, saya disiplin kan diri minum ESP.

Sebelum pregnant, saya memang rasa takut nak pregnant lagi sbb ingatkan rasa letih, malas gi keje etc masa mengandungkan Umar dulu. Takut nanti nak jaga Umar cmane..buat keje rumah lagi...prestasi keje pun menurun sbb asyik mengantuk je. Tapi Alhamdulillah, Allah bantu saya melalui OBES ni..Kalau macam ni, tak kisah la nak mengandung lagi pun tak pe..I tak kisah..Errk  (betul ke ni??)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~