Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Showing posts with label Energizing Soy Protein ESP. Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein ESP. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

Testimoni Kolagen Shaklee - Kulit Sihat Cantik

Berikut ni testimonial adik saya yang mencuba Kolagen Shaklee, Energizing Soy Protein dan GLA Complex.

Assalamualaikum....nk kongsi kesan set super mantap shaklee ni (kolagen+gla+esp).....dulu lg duk cuba losyen dn supplement utk hilangkan sisik2 ular yg ada tapi tak berkesan (sisik ular : tona kulit tak sekata, bertompok dan kering) ....org lain sibuk duk cari nak muka comel...tapi kita cari untuk kulit...(al maklum lah tak suka mkn sayur)kata org,,,, lain org lain effect....alhamdulillah dengan izin Allah, set shaklee ni jd penawarnya......selepas ambik ESP + Collagen + GLA, dalam 14 hari.. sisik ular dah hilang..... kulit lebih lembab dan pakej yg penting mcm makin putih bersinar2...ceewah
Adik saya mengalami masalah kulit tidak sekata dan kering sejak dari remaja. Pernah cuba pelbagai cream, minyak dan kolagen dari produk lain di pasaran. Adik saya ni ambik masa nak cuba kolagen shaklee kerana harganya. Jadi dia cuba produk-produk lain dahulu.

Pendapat peribadi saya sebagai kakak =p..rugi jugak kan cuba macam-macam produk walaupun lebih murah tetapi tak memdapat kesan yang diharapkan. Bila dijumlahkan, mungkin kos sebelum ni lebih mahal dari harga kolagen Shaklee. Product lain dicuba habis satu canister, tapi tak mendapat kesan yang diharapkan, kolagen shaklee, tak sempat habis satu kotak dah dapat kesan. Tak untung ke?

Gambar produk je yang dapat ditunjukkan di sini kerana gambar kulit adalah dalam area aurat. Menurut adik saya lagi, selulit di kaki dia pun dah hilang!!

Shaklee GLA Complex Shaklee Collagen Powder








Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )


** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bagi muslim, kesan dari apa yang kita usahakan adalah dengan izin dari Allah SWT jua.

Thursday, 10 November 2011

OBES Memberi Saya Tenaga Semasa mengandung

Tengok tarikh last post..10-11-2011, hari ni 11-11-2011. Hmm..rupanya genap sebulan tak update blog. Sejak pregnant ni berat sungguh nak update. Mood ke laut..Alhamdulillah Allah bagi kekuatan hari ini =)

Nak berkongsi pengalaman pregnant kali ni, tak banyak sangat perbezaan kali ni dengan masa mengandungkan Umar dulu.

Dari segi makan, dulu..walaupun masa 1st trimester rasa tak selera, tapi masih boleh makan dan tak de masalah untuk makan sayur. Kali ni, agak tak lalu nak makan nasi berlauk dan sayur kat kedai. Klu masak sendiri..boleh lagi la. Yang lalu cuma masakan panas, sayur sikit-sikit la..paksa-paksa makan.

Seperti yang dulu, masa pregnant memang tak dapat lari dari rasa letih. Bezanya dulu jaga baby dalam perut je dan duduk pulak rumah mak mertua, so kerja-kerja rumah tak de la banyak kene buat. Sekarang ni melayan kerenah abang yang nak dapat adik (tau2 je la cmne) dan sume keje-keje rumah dibuat sendiri.

Ingat lagi dulu, balik keje..lepas solat maghrib dah tak tertahan-tahan lagi nak tidur. Biasanya lepas maghrib terus flat..tengah malam baru bangun solat isyak. Kadang-kadang terlepas dinner..yang penting nak tido !! Kalau gagah, bangun la time isyak..solat dan dinner. Tapi lepas maghrib mesti nak tido. Pagi-pagi..bukan main berat lagi nak bangun padahal dah tido awal..selalu gak cuti sebab rasa malas dan tak larat nak gi keje...oopsss. Bila dah rehat-rehat..dalam kul 9 ke 10 pagi baru rasa menyesal cuti. Kali ni, memang rasa letih, tapi rasa letih tu dapat diatasi dengan bantuan Allah melalui supplement. Saya panggil OBES..hehe..cam tak best kan nama dia..OBES = O : OsteMatrix, B : B Complex dan ESP : Energizing Soy Protein. Selain OBES, saya juga mengambil Vita-Lea dan Vitamin C seperti yang dicadangkan dalam Set Mengandung.


OsteMatrix, B-Complex dan Energizing Soy Protein



Apa faedah yang saya dapat dari OBES ??

OsteMatrix : nama manjanya Oste..Oste ni kalsium. Kalau anda baca tentang kalsium, mesti akan jumpa fakta yang mengatakan Vitamin D merangsang penyerapan kalsium. Vitamin D ni antara lainnya boleh didapati dari matahari pagi. Tetapi, sempat ke kita dapat matahari pagi? keluar rumah sebelum matahari terbit, pastu bertapa dalam ofis, keluar ofis masa lunch..masa tu dah tak de Vitamin D..yang dapat cuma sinaran UV. Kalau rajin, pagi hari minggu boleh la beriadah di taman atau sidai baju dan bersihkan laman..sambil-sambil boleh la dapat Vitamin D. Tapi kalau beriadah atas katil je..tak dapek la den nak nolong... Oste ni adalah kalsium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti magnesium, boron, mangan dan copper dan zinc. Mineral seperti mangan, copper dan zinc merupakan faktor utama yang membantu membina jisim tulang. Kira lengkap la untuk pembinaan dan pembentukan tulang yang sihat.
Perubahan : Sejak ambil Oste, saya rasa segar bila bangun pagi..tersedar kul 4 pagi dah rasa cukup tidur..tinggal rajin ngan malas je nak bangun..huhu..tak de la lagi rasa malas nak gi keje =). Kalau tido lambat kul 12 ke 1 pun, kat ofis steady je.
Dah tak de lagi masalah sembelit..huh..masalah biasa time pregnant. Alhamdulillah..Bila timenya tiba...mudah je =) Tambah lagi sekarang tak lalu makan sayur, kalau sebelum ni time tak pregnant pun, kalau tak cukup makan sayur / serat, siap la.
Bagi saya, penting untuk saya ambil kalsium sebab saya pregnant dan dalam masa yang sama menyusukan Umar..kiranya kalsium untuk 3 orang.

B-Complex : B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan juga asid folik. Asid Folik memang saya perlukan sepanjang pregnant ni. B-Complex juga membantu saya bertenaga sebab B-Complex membakar karbohidrat menjadi tenaga. Ia juga membantu saya dalam mengawal emosi dan stress. Time2 pregnant ni memang cepat rasa nak marah..terutamanya kalau Umar buat perangai. Bila terlupa makan memang terasa la kehadiran singa dalam diri ini..huhu.
Perubahan : Sebenarnya dah lebih setahun saya ambil B-Complex, sejak Umar 7 bulan. Perubahannya itu lah, rasa bertenaga, tenang dan relax.

ESP : ESP seperti namanya..energizing memang memberi tenaga. Dipetik dari website shaklee..

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Mula ambil ESP sebelum puasa yang lepas untuk membantu saya bertenaga dan buat stok susu. Masa pregnant ni, ESP benar-benar membantu memberikan tenaga dan sedikit sebanyak juga membantu penyusuan. Masa raya hari tu agak selalu terskip minum ESP. Maklumla sibuk beraya dan perut kenyang ngan juadah raya. Dari rasa letih yang rasanya cam pelik semacam tu la saya suspect yang saya pregnant..period pun memang dah ala-ala lambat. Check2..memang positif. Sejak tu saya jarang skip ESP sebab bila skip, rasa letih dan rasa nak baring je..dan rasa tu membawa kepada rasa malas. I DON'T LIKE IT! Memikirkan apa pun tak jadi bila rasa letih, saya disiplin kan diri minum ESP.

Sebelum pregnant, saya memang rasa takut nak pregnant lagi sbb ingatkan rasa letih, malas gi keje etc masa mengandungkan Umar dulu. Takut nanti nak jaga Umar cmane..buat keje rumah lagi...prestasi keje pun menurun sbb asyik mengantuk je. Tapi Alhamdulillah, Allah bantu saya melalui OBES ni..Kalau macam ni, tak kisah la nak mengandung lagi pun tak pe..I tak kisah..Errk  (betul ke ni??)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Tuesday, 11 October 2011

Set Breastfeeding Shaklee : Mana yang sesuai untuk anda ?

Sebenarnya ada beberapa set yang biasa dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu. Setnya adalah :
- Set B
- Set E
- Set 3M


Jadi manakah yang paling sesuai untuk anda? Mari kita baca info di bawah untuk mengetahuinya.

Set B 

Untuk : Ibu yang tiada masalah penyusuan.  
Kandungan : Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
Fungsi : Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Gambar hiasan : Vitamin-vitamin dalam Set B
OsteMatrix


Set E
Untuk : Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian dan Ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS.
Kandungan : Set B ditambah Ostemetrix.  Ostematrix adalah kalsium Shaklee. Ia adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Fungsi : Membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Membantu ibu mengurangkan masalah susu merudum sebelum dan semasa period. Walaubagaimanapun, selain Set E (Set + Ostemetrix), set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Untuk : Sangat digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Kandungan : Set B , ESP dan Ostematrix.
Fungsi : Membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Ia juga membantu ibu-ibu untuk membuat stok susu.


credit


Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.


Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Tuesday, 2 August 2011

Puasa..Tapi Gastrik

Assalamu'alaikum semua, camane berpuasa? Harap-harap kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik di samping ibadah-ibadah yang lainnya. Untuk para isteri, bulan puasa ni boleh tambah pahala banyak-banyak dengan memasak untuk keluarga =)

Bagi yang menyusu atau mengandung, jangan paksa diri kalau tak boleh puasa, Allah berikan rukhsah kepada anda.

Kita selalu dengar "Gastrik" dijadikan kambing hitam alasan bagi sesetengah orang untuk tidak berpuasa. Memang sesetengah orang yang mengalami gastrik yang serius tidak boleh berpuasa. Kira masuk dalam golongan Uzur iaitu mustahil akan sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ada gastrik, tetapi ditahap biasa, mungkin akan mengalami ketidakselesaan (sakit) sepanjang berpuasa. Apa kata anda cuba Energizing Soy Protein (ESP). ESP sesuai untuk mereka yang ada gastrik. Moga-moga anda dapat berpuasa dengan selesa tanpa perlu menanggung sakit itu lagi. Plus..ESP memberikan tenaga...

Di sini saya kongsikan testimoni..


Hubungi saya untuk konsultasi percuma atau untuk dapatkan ESP ! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Saturday, 23 July 2011

Kebaikan ESP

Dah sebulan lebih saya mengambil ESP. Rasa macam dah jadi transformer sikit..hehe. Ada beberapa perubahan yang saya dapat semenjak ambil ESP. Tujuan asal ambil ESP untuk buat stok iaitu gantikan stok yang rosak dan juga sebagai backup semasa puasa nanti. Tujuan asal tu memang tercapai dengan izin Allah..Alhamdulillah. Tapi selain tu saya juga dapat bonus lain.

Bonus yang saya dapat adalah kulit yang cantik, halus mulus dan anjal. Yang paling menggembirakan, suami yang memujinya =)  Banyak perubahan yang berlaku terhadap kulit saya antaranya liang pori muka semakin mengecil, cracked heels hilang, kulit sekata, mengurangkan kesan stretch mark. Saya memang mempunyai kesan stretch mark yang agak banyak. Bayangkan la orang yang kecil molek mengandungkan baby seberat 3.85kg ! Tapi sekarang dengan izin Allah, ia semakin hilang..Alhamdulillah.

Pada hari pertama saya mengambil ESP saya dah merasakan badan lebih segar dan bertenaga. Sejak itu, Alhamdulillah, bila balik ke rumah, saya dapat menyelesaikan kerja-kerja rumah dengan lebih baik dan di samping itu dapat lagi berblog dan surf internet. Selain itu, bila badan bertenaga, badan pun terasa ringan untuk beribadah. Tidak lah asyik mengantuk dan nak tido je..tak perlu tunggu disorongkan bantal pun akan tido !

Umar juga terkesan dengan pengambilan ESP ni. Biasalah anak-anak yang duduk di taska, hidung asyik berhingus je..hampir setiap masa. Saya bukan menyalahkan taska, tapi itu lah hakikatnya walau di mana pun. Mungkin ada taska yang tidak, tapi rata-ratanya begitu. Sejak saya mengambil ESP, saya perasan yang Umar tidak lagi berhingus walaupun saya lihat anak-anak yang lain, kawan-kawan Umar berhingus. Cuma baru-baru ni Umar diserang batuk, selesema dan demam, jadi sekarang masih lagi dalam proses recover..hidung tu masih berhingus. Cuma, dalam keadaan biasa, Umar tidak berhingus. Alhamdulillah..Satu kebahagiaan bagi setiap ibu bila anak berada dalam keadaan baik.

Memang tidak menghairankan perubahan yang berlaku pada kulit dan sel badan kerana ESP mengandungi kandungan protein yang tinggi. Protein diperlukan oleh tubuh badan dalam pembinaan sel-sel baru dan membaik pulih tisu yang rosak.

Ingin mencuba ESP dan menjadi transformer mengalami perubahan seperti saya ? Hubungi saya untuk dapatkannya. SMS ke 012 - 374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com. Dapatkan ESP dengan diskaun RM 40.00. Tawaran diskaun ini hanya hingga 31 Julai 2011, tapi tawaran untuk mencuba dan mendapat kebaikan ESP terbuka sampai bila-bila !!

Thursday, 30 June 2011

Persediaan Sebelum Puasa - Usaha Buat Stok Susu (Part 2)

Assalamu'alaikum semua..entri ni sambungan kepada entri Persediaan Sebelum Puasa - Usaha Buat Stok Susu (Part 1)
Untuk entry ni, saya nak kongsikan apa yang saya dapat setelah mengambil Set B bersama ESP especially terhadap usaha saya untuk tambah stok susu.

Alhamdulillah dengan pengambilan hari pertama sahaja dan waktu pam pun saya tambah ke 3.5x. Point 5 sbb kat rumah pam sebelah je, buat tandem nursing =) Saya dah berjaya buat 1 stok (4 oz). Ohh..betapa berharganya walaupun 1 stok je. Harap-harap boleh bertambah ke 2 plak..Amiin. Dengan pertambahan susu ni, terubat rindu untuk dengar bunyi susu jatuh semasa pump. Ohh..sangat rindu saat-saat dan bunyi itu dan Alhamdulillah sekarang saya merasai dan mendengarnya kembali =) Setiap kali saya dengar balik bunyi tu, saya akan tersenyum. Ntah la..terasa macam satu kepuasan..terubat rindu kut =)

Kalau ikutkan sebelum ambil ESP boleh je untuk kerapkan waktu pam, tapi saya tak prefer untuk buat sebab keletihan. Balik rumah nak uruskan rumah dan anak lagi. Selepas ambil ESP, isian semula kantung susu lebih cepat. Jap je terasa penuh balik. So no hal la nak pam banyak kali pun =) Walaupun kerap pam, tak terasa letih. Malah terasa lebih bertenaga..ye lah dah namanya energising soy protein, memang ber energy =)

Begitulah setiap hari sejak ambil ESP, hasil perahan saya dah meningkat ke 16oz++. Alhamdulillah hasil pengambilan makanan yang bagus dan sihat, saya berjaya.. cheewah =) Kalau sebelum ni, saya struggle untuk dapatkan 12oz utk keperluan Umar esoknya.

Untuk usaha buat stok ni, saya target, sehari mesti buat sekurang-kurangnya 1x4oz stok. Bila ada target, insyaAllah lebih mudah kita nak capai sesuatu kan.

Kejayaan buat stok ni pun bergantung kepada kekerapan mengepam dan minum air banyak. Walau apa pun makanan tambahan untuk banyakkan susu atau milk booster, kalau tidak diiringi dengan pam yang kerap, tak ke mana juga hasilnya.

Saya doakan ibu-ibu yang juga sedang berusaha buat stok dipermudahkan Allah. Kita sama-sama doakan supaya dimurahkan rezeki anak kita.

Sekiranya ada ibu-ibu yang berminat nak cuba Energising Soy Protein aka ESP ni, boleh sms saya di 012-374 2708, dan semestinya dengan harga yang istimewa. Selamat berusaha buat stok =) don't give up!

Saturday, 25 June 2011

Persediaan sebelum puasa - Usaha Buat Stok Susu (Part 1)

Puasa tahun lepas, persediaan saya sebagai ibu menyusu bermula beberapa hari je sebelum puasa bermula. Tapi masa tu, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Production susu masih ok walaupun ada kurang sikit, tapi cukup untuk keperluan Umar dan buat stok. Kerisauan masa tu cuma macam mana berpuasa sambil menyusu? Hari biasa yang boleh makan dan minum pun rasa letih, lapar dan dahaga setiap kali selepas pam / menyusu. Kadang-kadang sampai menggigil sebab lapar. 

Dalam seminggu sebelum puasa baru google persediaan, dan saya memilih Set B dan Performance Drink. Alhamdulillah pilihan saya tepat, Set B dan Performance Drink work for me ! Saya dapat menjalani ibadah puasa penuh sebulan sambil menyusukan Umar. Siap bertambah-tambah stok saya. Alhamdulillah.

Tahun ni mencabar sikit, dan Alhamdulillah Allah sedarkan saya untuk bersedia awal. Setelah diuji dengan 2 siri susu rosak dan demam teruk. Pada 17 Jun, stok saya pada tahap ZERO (0)..tiada langsung ! Pada 23 Jun baru saya berjaya buat 1 stok..Alhamdulillah.

Kejadian pertama susu rosak berlaku semasa saya berkursus di Melaka. Walaupun dah berkali-kali pesan kepada pekerja hotel supaya simpan susu perahan saya dalam freezer, tetapi bila saya ambil pada hari terakhir kursus..Kecewa..hancur luluh rasa hati bila tengok susu-susu tu lembik je. Mereka tak simpan dalam freezer !!
Sia-sia hasil perahan hampir 2 minggu sepanjang berkursus.

Kejadian kedua sebab kelalaian sendiri, tutup freezer tak rapat. Sekali lagi hati hancur luluh. Hmm..Redha je la, doa semoga Allah izinkan untuk saya ganti balik.
Selepas 2 kejadian tu saya maintain dengan stok yang tak sampai 10 stok dalam freezer. 
Production susu pun makin menurun. Biasanya hasil perahan sehari 12oz++, cukup-cukup untuk keperluan Umar esoknya je dan kadang-kadang ada la lebih skit untuk buat stok.
Tapi selepas demam 2 minggu lepas, hasil perahan merudum ke 8oz je sehari. Memang tak cukup !!

Sebagai persediaan menghadapi ramadhan tahun ini, saya perlu buat stok. Saya perlu ada stok untuk menghadapi kemungkinan tidak sihat lagi atau ada hal-hal luar jangka yang lain. Saya tidak sanggup setiap hari tertanya-tanya dan berdebar-debar, cukup ke hasil perahan hari ni?

Saya perlu usaha lebih dan usaha saya untuk buat stok dan tambah penghasilan susu ialah:
1) Kerapkan pam atau direct feeding
Di ofis saya pam 2 kali je sehari (tidak patut dicontohi). Saya masih maintain pump 2 kali di ofis, cuma saya tambah sesi pam di rumah. Tapi hasil perahan hanya untuk cukupkan keperluan Umar ke taska esoknya.

2) Doa
Doa semoga Allah lapangkan rezeki untuk Umar. Doa sebagai pengiring usaha.

3) Ambil Set B bersama Energy Soy Protein (ESP)
Saya tambahkan pengambilan ESP bersama Set B untuk meningkatkan lagi penghasilan susu. Tambahan lagi ESP memberi lebih tenaga. Penyusuan / pam yang kerap menyebabkan badan terasa letih.

Alhamdulillah, setelah 3 hari mengambil ESP bersama Set B, saya telah berjaya membuat 3 stok (3x4oz) dan badan tidak terasa letih, malah lebih bertenaga dari sebelum ini.

InsyaAllah entri ini bersambung dengan Part 2. Saya ingin kongsikan apa yang saya peroleh dengan tambahan ESP. Jumpa lagi di next entry =)

Tuesday, 21 June 2011

Persediaan Ibu Menyusu Menghadapi Puasa


Bulan ramadhan akan muncul dalam sebulan lebih je lagi. Sekarang ni pun pasti ada ibu-ibu yang mungkin tengah sibuk qada' puasa. Bagi kebanyakan ibu menyusu pasti memikirkan cara untuk menghadapi bulan ramadhan tanpa memberi kesan kepada penyusuan, terutamanya untuk ibu-ibu yang memang bertekad dan berazam untuk hanya memberikan susu ibu kepada bayi mereka.


Sebenarnya, tidak semua ibu menyusu akan mengalami pengurangan dalam penghasilan susu, tetapi dari segi tenaga, mungkin ramai yang akan merasai perbezaannya. Ye lah, selain menyusu, kerja-kerja biasa tetap dibuat seperti biasa. Bulan puasa ni, bagi sesetengah orang mungkin perlukan lebih tenaga, buat persiapan berbuka, sahur dan ibadah-ibadah sunat yang lain.


Tahun lepas, saya menghadapi bulan puasa dengan kurma, halba dan tambahan Set Breastfeeding dan Performance Drink (Shaklee).
Alhamdulillah, walaupun ada hari yang rasa kurang bertenaga, saya dapat terus berpuasa dan berpuasa penuh sebulan. Cuma badan cam bau sikit la sebab ambik halba..terlebih dos agaknya ;)
Penghasilan susu pun Alhamdulillah, maintain, malah boleh buat stok lagi.


Persediaan terbahagi kepada sebelum dan semasa berpuasa dan bergantung pula kepada beberapa situasi. Persediaan sebelum adalah untuk menyediakan stok dan persediaan semasa adalah untuk persiapkan diri untuk menghasilkan susu yang mencukupi dan tenaga untuk terus berpuasa.


1. Penghasilan susu masih banyak
Bagi ibu-ibu yang masih baru misalnya umur baby dalam lingkungan 8 bulan ke bawah, kebiasaannya penghasilan susu masih tinggi. Jadi mungkin tiada masalah dari segi penyediaan stok dan penghasilan susu walaupun sedang berpuasa.
Sebelum : Persiapkan mental sahaja mungkin =)
Semasa  : Ibu menyusu mungkin hanya perlukan tambahan tenaga kerana selain menyusukan dan bekerja (bagi surirumah, menguruskan rumah juga kerja), ibu juga perlu menyediakan juadah berbuka dan bangun awal untuk bersahur. Ibu menyusu disarankan mengambil Performance Drink dan jika perlu, ambil bersama Set A atau Set B. Set A lebih berfungsi untuk tenaga, Set B pula fungsinya lebih kepada menambah penghasilan susu dan tenaga kerana ia mengandungi Alfalfa. Ibu boleh memilih mengikut keperluan.


2. Penghasilan susu cukup makan cukup untuk keperluan
Bagi ibu-ibu yang hasil perahan hanya cukup-cukup, kadang-kadang ada lebih untuk stok dan stok yang ada pun cukup-cukup je.
Sebelum : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B untuk menggalakkan lagi penghasilan susu, jadi boleh tambah stok.
Semasa  : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B dan Performance Drink.


3. Penghasilan susu tak menentu
Bagi ibu menyusu yang hasil perahan tidak menentu, kadang-kadang cukup, kadang-kadang tak cukup. Stok pun hampir-hampir tidak ada.
Sebelum : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B bersama Energizing Soy Protein (ESP). Pengambilan bersama ESP dapat menggalakkan lagi penghasilan susu dan dapat membantu ibu menyediakan stok.
Semasa  :  Ibu menyusu disarankan mengambil Set B dan Performance Drink. Jika tak cukup, ambil bersama ESP juga.


Walau apa pun milk booster yang diambil, konsep penyusuan mesti tetap dipatuhi. Iaitu :
1. Kerap kosongkan payudara.
2. Banyak minum air kosong. 1L untuk setiap 25kg berat manusia. Kalau berat 50kg, perlu minum 2L air. Namun, untuk mereka-mereka  yang ada ambil vitamin dan menyusu, perlu lebih lagi air. Disyorkan 3L.
3. Dan yang paling penting, sentiasa berdoa pada Allah. Mohon diberi rezeki buat anak dan kesihatan buat kita supaya dapat terus menyusukan anak. Doa beserta tawakkal.


* Satu set Full Pack adalah untuk kegunaan kira-kira 4 bulan.


Saya menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli vitamin.


Namun anda perlulah menghantar email kepada saya di nora4adam[at]gmail.com dan boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708 untuk mendapatkannya.


Walaubagaimanapun semua tawaran dan pek mini ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK ditawarkan / dijual / disediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia.  Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami.
Harap Maklum.

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~