Saya ingin kongsikan pengalaman saya semasa dalam pantang. Pada saya ia inisiatif dari kesungguhan untuk memberi hanya susu ibu kepada Umar. Allah berikan ilham dan idea. Ianya simple sahaja, ramai mungkin membuat perkara yang sama. Cuma ia tercetus bukan dari pembacaan atau diberitahu oleh sesiapa. Walaupun memang sebenarnya saya ada memberikan susu FM juga dalam 2 3 hari di awal kelahiran..itu memang sebab kurang ilmu dan saya tidak terfikirkan pilihan lain.
Ok, berbalik kepada tips tu, saya kongsikan sebab saya selalu dengar dan baca, ibu-ibu terpaksa campur susu formula kerana tak cukup susu. Asasnya, susu sentiasa ada, cuma kadang-kadang penghasilannya lambat sedikit. Jadi bila baby nak minum..baby ni plak kalau dah lapar..lambat sikit mula mengamuk. Baby mana tau erti sabar..dia nak..hisap je keluar susu. Bila susu lambat atau sikit..mula la nangis dan biasanya orang sekeliling akan anggap susu tiada / tak cukup. Sebenarnya banyak tips untuk memastikan supply mencukupi antaranya dari segi penjagaan makanan. Cuma yang saya nak kongsikan, 1 je iaitu STOK susu.
Saya gunakan stok susu untuk masa-masa 'susu tak cukup'. Biasanya bila dah petang-petang, terasa cik B tu macam tak de susu. Cara saya buat stok...
Biasanya bila kita susukan baby sebelah, sebelah yang satu lagi susu pun akan keluar nak-nak masa let down reflect. Apa yang saya buat, saya tadah susu yang kuar tu, dapat la dalam +- 2 oz, kumpul2 dan bagi minum time yang dia ngamuk-ngamuk macam tak cukup susu. Nak pam pun boleh, tapi masa tu tak cukup ilmu, tak tau yang corong pam tu boleh simpan dalam peti sejuk lepas guna. Dulu, setiap kali guna.. basuh, jadi cam leceh + malas..hehe. Lagi pun kadang rasa leceh nak pakai-pakai pam, anak dah nangis2, lambat-lambat bagi merajuk plak..huhu. Kalau pandai buat marmet, boleh juga gunakan untuk tambah lagi hasil susu. Walaupun mungkin tangan lenguh sikit, tapi cara ni boleh dibuat oleh sesiapa sahaja tanpa perlu bantuan pam.
Sebenarnya masa tu tension jugak bila pam dapat sikit je, tadah lagi banyak. Padahal, di peringkat awal pakai pam, cik B kita pun ambil masa untuk sesuaikan diri dengan pam. Jadi ibu-ibu, jangan cepat frust bila di awal pam dapat susu sikit. Nanti bila dah dapat rentak dan dapat sesuaikan diri..boleh melimpah-limpah plak hasilnya =)
Saya adalah Shaklee Independent Distributor. Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )
Tuesday, 6 December 2011
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Disclaimer
Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Proses Order
Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.
***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.
VBD
Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~
No comments :
Post a Comment