Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Showing posts with label milk booster. Show all posts
Showing posts with label milk booster. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

Set Breastfeeding Shaklee : Mana yang sesuai untuk anda ?

Sebenarnya ada beberapa set yang biasa dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu. Setnya adalah :
- Set B
- Set E
- Set 3M


Jadi manakah yang paling sesuai untuk anda? Mari kita baca info di bawah untuk mengetahuinya.

Set B 

Untuk : Ibu yang tiada masalah penyusuan.  
Kandungan : Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
Fungsi : Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Gambar hiasan : Vitamin-vitamin dalam Set B
OsteMatrix


Set E
Untuk : Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian dan Ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS.
Kandungan : Set B ditambah Ostemetrix.  Ostematrix adalah kalsium Shaklee. Ia adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Fungsi : Membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Membantu ibu mengurangkan masalah susu merudum sebelum dan semasa period. Walaubagaimanapun, selain Set E (Set + Ostemetrix), set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Untuk : Sangat digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Kandungan : Set B , ESP dan Ostematrix.
Fungsi : Membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Ia juga membantu ibu-ibu untuk membuat stok susu.


credit


Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.


Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Tuesday, 20 September 2011

Kandungan dan Kepentingan Vitamin Set Breastfeeding

Mari saya perkenalkan vitamin-vitamin yang ada dalam Set Breastfeeding. Bak kata orang, "Tak kenal maka tak cinta". Sebelum kita mengambil sesuatu, sebaiknya kita tahu apa yang kita ambil, apa keperluannya, apa fungsinya. Ok, jadi apa vitamin yang ada dalam Set Breastfeeding (Set B) dan apa fungsi-fungsinya ?





1) Vita-Lea Iron Formula / Multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lainnya Vitalea. Vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan B Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan 
Vitamin C ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet / luka / berdarah, insya Allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. Ia turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.


Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita. Klik untuk Khasiat Alfalfa


Credit


Alfalfa adalah milk booster..jadi kenapa tidak Set B ini hanya terdiri daripada Alfalfa sahaja? Klik untuk jawapan


Pengambilan makanan berkhasiat memberikan badan zat secukupnya. Apabila badan memperoleh zat yang secukupnya, fungsi-fungsi badan akan berfungsi dengan lancar. Fungsi badan yang lancar menghasilkan badan yang sihat, badan sihat hati pun bahagia. Hati bahagia, insyaAllah akan ada kesan yang positif pada penghasilan susu.


Berminat untuk dapatkan Set B? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Friday, 12 August 2011

Menyusu hanya dengan ALFALFA, apa kesannya?

Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.



Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.


Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?


Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?


Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.


Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.


Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.




Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....


ATAU


2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.




Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ingin mencuba Set Breastfeeding atau produk Shaklee yang lain ? Hubungi saya untuk dapatkannya. SMS ke 012 - 374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com untuk konsultasi percuma.

Monday, 27 June 2011

Tambah susu dengan makanan semulajadi

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.
Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:
alfalfa
Daun alfalfa
Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.
fenugreek
Halba @ fenugreek
Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.
jintan
Jintan
Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)
kurma
Kurma
Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.
susu
Susu
Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
mozzarella cheese
Keju
Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)
tempe
Tempe
Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.
sayur
Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
lobak putih
Lobak putih
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.
Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
Doa menbanyakkan susu ibu:

Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com
Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.
Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.
Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia ;)
Credit to Mommy Lyna

Hubungi saya untuk mendapatkan milk booster Shaklee. Hubungi saya melalui email ke nora4adam[at]gmail.com atau SMS / call ke 012-374 2708.

Saturday, 25 June 2011

Shaklee Alfalfa Complex



Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi. 

Alfalfa Complex dihasilkan hanya menggunakan alfalfa terbaik yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
  • Sumber semula jadi dari alfalfa
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

AMARAN : Alfalfa TIDAK DIGALAKKAN bagi wanita hamil yang tidak mem-praktik tandem nursing, ada sejarah KEGUGURAN dan TIDAK BOLEH diambil oleh mereka yang mengalami penyakit Lupus (SLE).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ingin mencuba? Hubungi saya dengan menghantar email ke nora4adam[at]gmail.com atau boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708 untuk dapatkannya. Harga istimewa menanti anda.

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~