Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Wednesday, 14 September 2011

Chicken Pox, Selesema dan Clog Duct

Selepas raya iaitu minggu lepas, kami sekeluarga diuji dengan ujian sakit.

Bermula dengan Umar yang dijangkiti chicken pox, kemudian ayah yang selesema dan sakit kepala, bersambung pulak dengan ummi yang kene clog duct. Alhamdulillah, Allah berikan ujian sakit yang kecil je kepada kami.. chicken pox umar tak teruk, selesema ayah sehari dua dah baik, clog duct ummi, walaupun masih terasa sakit dah semakin kurang.

Untuk Umar, ummi mandikan dengan Basic-H disamping menggunakan daun semambu, minum air kelapa muda dan air tawar. Sehari, lebih kurang 3x ummi biarkan Umar berendam dalam air campuran Basic-H, suka betul Umar berendam, time nak berenti menangis2 tak mo keluar..kejap2 Umar cakap 'main..main' sambil tunjuk kat bilik air. Masuk hari kedua, baru Basic-H + daun semambu. Alhamdulillah kat rumah nenek ada pokok semambu. Air kelapa, susah jugak ummi dan ayah cari, round setaman tak jumpa sebab selepas raya, kedai-kedai belum restock stock kelapa.

Last-last, try cari kat pasar borong selangor kat seri kembangan, Alhamdulillah dapat..dah alang-alang beli kat pasar borong..ummi pun borong la 5 biji kelapa..untuk Umar, ummi dan ayah..hehe =) Apa sebenarnya fungsi Basic-H, daun semambu dan air kelapa muda ?

syok berendam dalam Basic-H dan daun semambu.
Basic-H : Ummi mandikan Umar dengan Basic-H kerana Basic-H antibacterial. Cuma beberapa titis je diperlukan untuk Umar berendam. Basic-H adalah pencuci serbaguna, sungguhpun namanya pencuci, ia selamat kerana Basic-H bebas toksik, bebas gas beracun, bebas dari bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, lembut pada tangan dan kulit, pH yang seimbang dan tanpa klorin. Klik untuk mengetahui lanjut tentang Basic-H. Dengan izin Allah, nampak Umar tidak la gatal-gatal sangat, chicken pox pun terkawal..Umar pun aktif macam biasa. Selain mandikan Umar, ummi guna Basic-H untuk basuh baju-baju kami sekeluarga.

Daun Semambu : Secara tradisional, dipercayai daun semambu boleh mengurangkan rasa miang atau gatal akibat chicken pox dengan cara mandi atau berendam dengan air ramasan daun semambu. Selain itu, daun semambu diletakkan di bawah lapik tidur untuk kurangkan miang dan gatal. Cuma, letih sikit la nak kemas daun semambu tu masa buat mandi..tapi untuk kebaikan, layan je la..

Air Kelapa Muda : Secara tradisional, dipercayai dengan meminum air kelapa muda dapat menggalakkan pengeluaran ruam chicken pox, yang mana menjadikan tempoh masa seseorang mengalami chicken pox lebih pendek dan ruam keluar semua..mengelakkan jangkitan berulang.

Orang cakap, tanda chicken pox keluar semua adalah keluar ruam di tapak tangan dan kaki. Macam Umar, ruamnya keluar tak banyak, paling banyak pun kat punggung. Di tangan dan kaki tiada. Ummi pun tak pasti adakah sebab ummi mandikan Umar dengan Basic-H menyebabkan chicken pox Umar terkawal dan adakah Umar mungkin akan dijangkiti chicken pox lagi kerana keluarnya tak habis ?..Wallahua'lam. Ummi doakan yang terbaik sahaja untuk Umar.

Berbalik pulak ke cerita ayah dan ummi..Untuk selesema ayah, selain makan ubat selesema, ummi bagi ayah makan Vitamin C dan Performance Drink. Ubat selesema ayah ambik masa selesema teruk sangat je, bila dah terkawal ayah stop sebab ubat selesema kan mengantuk..asyik nak tidur je..apa pun tak boleh..hehe

Untuk clog duct ummi, ummi ambil 6 biji Lecithin sehari. Clog duct ni secara rigkasnya adalah saluran / duktus susu tersumbat. Jika berlarutan, boleh menyebabkan jangkitan dan kadang-kadang melibatkan pembedahan.

Mula-mula kene clog duct masa cuti menjaga Umar yang masih dalam tempoh kuarantin walaupun nampak dah baik dah dan menjaga ayah yang tak sihat. Patutnya ayah yang jaga Umar, tapi ayah pun tak sihat, Ummi la yang kene jaga kedua-duanya =) Stok lecithin ummi, ummi tinggal kat ofis, so hari kedua kene baru ummi dapat makan lecithin bila dah masuk ofis balik. Badan dah rasa nak demam..seram sejuk je. Alhamdulillah, lepas ambil 6 biji Lecithin beserta dengan bantuan Umar menyusu, keesokannya dah kurang..sakit masih terasa, tetapi rasa seram sejuk demam dah hilang.

Sepanjang mengalami clog duct, ummi akan bagi Umar menyusu belah yang sakit dulu, kemudian baru belah yang satu lagi. Dengan cara menyusu direct akan lebih membantu menghilangkan clog duct selain sesi perahan semasa tidak menyusukan direct. Tujuannya adalah mengosongkan breast bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.


Untuk clog duct, Lecithin membantu kerana antara fungsi lecithin adalah memecahkan lemak. Ia membantu melancarkan pengaliran dan saluran susu.

Itu lah ceritanya bagaimana ummi menguruskan Umar dan ayah yang tidak sihat. Dengan izin Allah, Allah permudahkan jalan ummi menjaga dan menguruskan kesihatan keluarga =)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Thursday, 25 August 2011

Testimoni : Vitamin C Mengurangkan Sinus

Assalamu'alaikum dan salam sihat semua =)
Saya ingin kongsikan testimoni ofismate saya setelah mengambil Vita-C. Vitamin C sebagaimana yang diketahui umum sangat baik untuk kesihatan. Untuk melihat senarai khasiat-khasiat Vitamin C, klik sini.



"Marscela : Kak Nora, berkesan lah Vit C tu
me : Apa kesannya?
Marscela : hee, Novolin ambil sebiji semalam, dia ada sinus, selalu kene aircond, sensitif dengan sejuk, so dia cakap dah ok sikit wpun baru sebiji. Saya baru ambil sebiji hari ni. hee..Kalau ambil regular mesti ok kan. Ada duit lebih sikit nanti saya nak try ESP pula"

Selepas terkesan dengan kebaikan Alfalfa, Marscela terus beli Vitamin C (Klik untuk mengetahui kisah Marscela dengan Alfalfa). Nak meningkatkan tahap imuniti dan nak kulit cantik katanya..hehe

Istimewanya Vitamin C Shaklee adalah sistem pelepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. Badan kita berupaya membuat pelbagai perkara tetapi badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C.
Itu perlunya Vitamin C ini dilepaskan dan disalurkan ke badan kita jam demi jam melalui sistem pelepasan berkekalan ini.

Ok, kita berkenalan dengan Sinus pula..Apa itu Sinus? Dalam bahasa kedoktoran atau saintifik dipanggil Sinus, dalam bahasa aras tinggi kita ni dipanggil Resdung..hehe. Sedikit info tentang sinus

"Sinus itu adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Rongga-rongga udara ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu maxillary (bahagian bawah), ethmoid (bahagian dalam mata), frontal (bahagian atas mata) dan sphenoid.  Membran yang melapisi rongga² sinus ini berfungsi mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung." 

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkan Vita C dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Tuesday, 2 August 2011

Kebaikan Vitamin C

Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.


Credit to Mommy Lyna
Dapatkan vitamin C Shaklee dengan harga istimewa. Harga promosi RAYA !! Hubungi saya segera untuk dapatkannya ! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~