Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Showing posts with label makanan tambah susu. Show all posts
Showing posts with label makanan tambah susu. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

Set Breastfeeding Shaklee : Mana yang sesuai untuk anda ?

Sebenarnya ada beberapa set yang biasa dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu. Setnya adalah :
- Set B
- Set E
- Set 3M


Jadi manakah yang paling sesuai untuk anda? Mari kita baca info di bawah untuk mengetahuinya.

Set B 

Untuk : Ibu yang tiada masalah penyusuan.  
Kandungan : Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
Fungsi : Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Gambar hiasan : Vitamin-vitamin dalam Set B
OsteMatrix


Set E
Untuk : Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian dan Ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS.
Kandungan : Set B ditambah Ostemetrix.  Ostematrix adalah kalsium Shaklee. Ia adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Fungsi : Membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Membantu ibu mengurangkan masalah susu merudum sebelum dan semasa period. Walaubagaimanapun, selain Set E (Set + Ostemetrix), set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Untuk : Sangat digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Kandungan : Set B , ESP dan Ostematrix.
Fungsi : Membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Ia juga membantu ibu-ibu untuk membuat stok susu.


credit


Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.


Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Saturday, 24 September 2011

Susu Dah Banyak..Stop ambil Set B

Mungkin ada yang bertanya, set B perlu diambil sepanjang masa ke? Bila susu dah bertambah boleh stop?

Untuk itu, cuba fahami dahulu konsep asas tentang penyusuan dan fungsi supplement.

Penyusuan
Penghasilan susu adalah satu fitrah yang dikurniakan Allah kepada ibu-ibu setelah melahirkan. Ia adalah kejadian yang berlaku pada badan kita. Seperti juga kejadian kulit, darah, kuku, rambut dan sebagainya. Susu kurang, susu merudum, susu sikit bukan suatu penyakit. Tetapi satu refleksi dari kurangnya rangsangan dan keperluan untuk menghasilkan susu. Rangsangan yang diperlukan untuk memastikan penghasilan susu adalah kekerapan payu dara dikosongkan selain rangsangan hisapan dan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan baby. Mesti difahami..Konsep asas penyusuan adalah "Supply Based on Demand".

Gaya hidup ibu juga memberi kesan dalam penghasilan susu. Stress, pemakanan, keadaan emosi yang terganggu amat memberi kesan. Apabila ibu dalam keadaan stress atau tergesa-gesa semasa menyusukan atau mengepam, agak sukar untuk ibu mendapat let down yang mana let down membantu ibu memastikan payu dara dikosongkan dengan berkesan.

Ibu-ibu perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk keperluan ibu kerana ia akan membantu penghasilan susu. Air merupakan kandungan utama susu (lebih dari 80%).  Selain air, susu sarat dengan zat-zat gizi utama seperti karbohidrat (laktosa), protein, lemak, vitamin dan mineral. Oleh itu diet seharian ibu harus mengandungi segala kandungan tersebut. Ibu perlu meminum air secukupnya (2 liter sehari) dan mengambil makanan yang tinggi protein, kalsium dan sebagainya.

Ibu perlu memastikan zat-zat yang diperlukan diambil secara konsisten sepanjang penyusuan. Seperti yang saya katakan di atas, susu kurang bukan penyakit. Konsep penyakit..Semasa sakit kita makan ubat, bila dah sembuh kita akan stop ambil ubat. Bila susu banyak, kita tidak boleh berhenti mengambil air, protein, kalsium dan zat-zat lainnya kerana ia merupakan keperluan harian kita yang mesti diambil secara berterusan. Ia diperlukan oleh fungsi tubuh.

Pemakanan seimbang dan mencukupi dari segi zat-zatnya penting untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Analoginya..kulit, sekiranya tubuh kita kekurangan air dan tidak dibekalkan dengan vitamin-vitamin kulit seperti vitamin A, B, C, E dan protein, kulit kita akan kering, kusam, tak bermaya. Saya tidak bermaksud untuk menyatakan yang anda perlu mengambil vitamin-vitamin ini dalam bentuk supplement kerana ia boleh diperoleh dari pemakanan makananan asas seharian. Supplement adalah alternatif kerana kadang-kadang kita tidak makan secara seimbang, makanan yang kita ambil tidak mempunyai zat yang secukupnya kerana termusnah dalam proses penyediaan dan sebagainya.

Supplement bukan ubat
Supplement merupakan makanan tambahan yang diambil untuk menampung kekurangan dari pemakanan seharian. Ubat bersifat menyembuhkan, setelah sembuh, pengambilan ubat dihentikan. Perumpamaannya..Setiap hari badan kita memerlukan vitamin C, katakan kita mengambil oren sebagai sumber vitamin C, adakah apabila vitamin C sudah cukup..Kita terus berhenti makan oren? Dan vitamin C yang diperoleh itu berkekalan sampai bila-bila?

Keperluan vitamin untuk fungsi badan kita bersifat berterusan. Makan hari ini untuk keperluan hari ini, makan esok untuk esok. Mungkin boleh dikatakan kita perlu memastikan zat-zat ini diambil seperti pepatah "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Bagi ibu-ibu menyusu, makanan seperti lobak putih, kurma, halba, alfalfa, jantung pisang, longan kering dan sebagainya dipercayai boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Saya percaya, ibu-ibu pasti pernah mencuba salah satu dari senarai di atas kan..Adakah dengan sekali dua makan susu ibu-ibu jadi banyak dan maintain banyak sampai bila? Saya yakin, bagi ibu-ibu yang serasi dengan makanan penambah susu tersebut, susu hanya bertambah selepas ia diambil dan bertahan dalam tempoh sehari dua sahaja kan? Kemudian susu kembali seperti biasa. Perlu difahami, makanan penggalak susu hanya menyumbang beberapa peratus sahaja kepada penghasilan susu, untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan, perkara paling utama adalah rangsangan dan supply seperti yang telah dinyatakan di atas.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada kita bersama. Salam sihat dan kebahagiaan untuk kita semua ,=)

Untuk yang ingin mendapatkan vitamin. Boleh hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma. ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Tuesday, 20 September 2011

Kandungan dan Kepentingan Vitamin Set Breastfeeding

Mari saya perkenalkan vitamin-vitamin yang ada dalam Set Breastfeeding. Bak kata orang, "Tak kenal maka tak cinta". Sebelum kita mengambil sesuatu, sebaiknya kita tahu apa yang kita ambil, apa keperluannya, apa fungsinya. Ok, jadi apa vitamin yang ada dalam Set Breastfeeding (Set B) dan apa fungsi-fungsinya ?





1) Vita-Lea Iron Formula / Multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lainnya Vitalea. Vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan B Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan 
Vitamin C ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet / luka / berdarah, insya Allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. Ia turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.


Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita. Klik untuk Khasiat Alfalfa


Credit


Alfalfa adalah milk booster..jadi kenapa tidak Set B ini hanya terdiri daripada Alfalfa sahaja? Klik untuk jawapan


Pengambilan makanan berkhasiat memberikan badan zat secukupnya. Apabila badan memperoleh zat yang secukupnya, fungsi-fungsi badan akan berfungsi dengan lancar. Fungsi badan yang lancar menghasilkan badan yang sihat, badan sihat hati pun bahagia. Hati bahagia, insyaAllah akan ada kesan yang positif pada penghasilan susu.


Berminat untuk dapatkan Set B? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Monday, 27 June 2011

Tambah susu dengan makanan semulajadi

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.
Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:
alfalfa
Daun alfalfa
Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.
fenugreek
Halba @ fenugreek
Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.
jintan
Jintan
Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)
kurma
Kurma
Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.
susu
Susu
Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
mozzarella cheese
Keju
Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)
tempe
Tempe
Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.
sayur
Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
lobak putih
Lobak putih
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.
Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
Doa menbanyakkan susu ibu:

Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com
Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.
Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.
Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia ;)
Credit to Mommy Lyna

Hubungi saya untuk mendapatkan milk booster Shaklee. Hubungi saya melalui email ke nora4adam[at]gmail.com atau SMS / call ke 012-374 2708.

Saturday, 25 June 2011

Shaklee Alfalfa Complex



Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi. 

Alfalfa Complex dihasilkan hanya menggunakan alfalfa terbaik yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
  • Sumber semula jadi dari alfalfa
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

AMARAN : Alfalfa TIDAK DIGALAKKAN bagi wanita hamil yang tidak mem-praktik tandem nursing, ada sejarah KEGUGURAN dan TIDAK BOLEH diambil oleh mereka yang mengalami penyakit Lupus (SLE).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ingin mencuba? Hubungi saya dengan menghantar email ke nora4adam[at]gmail.com atau boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708 untuk dapatkannya. Harga istimewa menanti anda.

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~