Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Thursday, 29 December 2011

Basic H2 : Cuci Bilik Air Sambil Mandikan Anak..Selamatkah?

Alhamdulillah, kini mencuci bilik air dah tak jadi satu masalah buat saya..Tidak perlu menunggu masa Umar tidur atau mood Umar bermain dengan ayah sebab saya boleh buat kerja-kerja tu sambil mandikan Umar. Hmm..selamat ke pencuci bilik air terhadap baby atau kanak-kanak? Tambahan lagi saya sedang mengandung..

Saya gunakan Basic H2, bukan pencuci biasa. Sebab tu saya berani buat =)

Masa mengandungkan Umar, memang saya serahkan urusan cuci mencuci toilet kat hubby je. Cuma ada sekali dua je bila terpaksa sebab hubby sibuk. Itu pun siap dengan glove bagai dan cuci ambik syarat je.

Basic-H non-toxic, jadi saya tidak perlu risau Umar dan kandungan saya terdedah kepada toxic. Saya bukan sahaja guna Basic-H untuk mencuci bilik air, sambil mencuci tu, saya biarkan Umar bermain dan berendam dalam air rendaman Basic-H. Umar memang suka kalau dibiar berendam dalam bath tab. Ada can la nanti berebut ngan adik nanti..huhu.

Basic-H selamat pada kulit, mempunyai pH sekitar 6 - 7 yang mana hampir sama dengan pH kulit.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Basic H yang boleh mencuci kotoran boleh digunakan juga untuk mandi atau kegunaan badan?

Basic-H merupakan bahan tanpa toksik dan diperbuat dari bahan semulajadi dan kebolehannya untuk mencuci kotoran adalah berdasarkan kepada konsep menjadi pemangkin untuk air menjadi pembersih. Air itu sendiri sifatnya adalah untuk membersih. Basic H berfungsi dengan cara menghaluskan ketegangan permukaan air supaya air boleh membersih dengan lebih berkesan.

Berikut beberapa petikan tentang Basic H yang boleh didapati di internet :

sumber : http://wiki.answers.com/Q/What_is_a_good_all_purpose_cleaner
Basic H was invented by Dr. Forrest C. Shaklee in 1960. He believed products should be as good for the earth as they are good for you. Basic H is still available but Basic H2 is its successor. It's an organic, super cleaning concentrate and has hundreds of uses. Just 2 drops in 16 oz of water makes glass and mirror cleaner.
sumber : http://sharonrados.myshaklee.com/us/en/about.html
One of the things that makes Basic H work is that it breaks down the surface tension of water. Water itself is a solvent and when Basic H breaks down the surface tension (we tend to say that it makes water wetter), the water then is what cleans better, and that is why you need so little of it. It's not really a detergent at all and that is why it works naturally... by enhancing how water works.

I know that Jacques Cousteau used it on his vessels because it would not harm the ocean environment. What a testimonial to the safety of Basic H! And also, it was the only product that was endorsed for Earth Day. And the Shaklee cleaning products, including Basic H, were the only products that the BioSphere could use. They were thrilled to find it, because they had tested so many other "natural" products and could not find any that did not harm the fragile environment in the sphere. And when they opened it, they were completely successful in completing the natural cycle without damaging the environment in the Biosphere.
Tahukah anda? Basic H juga digunakan di White House dan Vice President's House. Dan Basic H2 adalah salah satu produk fevret Oprah ;)

Anda juga boleh klik sini untuk membaca lanjut tentang Basic H2.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Thursday, 8 December 2011

Khasiat VIVIX : Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda

Hmm..rasanya sesuai sangat la untuk mula amalkan pengambilan VIVIX ye. Umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun mengikut SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam). Harap-harap sehingga mencapai umur itu, dapatlah memberikan servis sebaiknya. Harap-harap tidak la jari-jemari ni, terketar-ketar menaip, ingatan ni asyik-asyik lupa ;b

Secara peribadi saya lebih bersetuju sekiranya umur persaraan sekitar 55 tahun dan sekiranya khidmat masih diperlukan dan kudrat masih ada, perkhidmatan disambung secara kontrak dan sebagainya. Itu lebih molek berbanding memberi opsyen menamatkan perkhidmatan kerana sakit =) Tambahan lagi memberi peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga dan anak cucu disamping menambah amal ibadat..bekalan setelah ajal menjemput.

Tujuan sebenar entry ini sebenarnya nak cerita pasal Vivix =) tapi ambil kesempatan juga tentang SBPA yang sedang hangat diperkatakan terutama oleh penjawat awam. Ye la, perlukan kesihatan yang baik untuk bekerja dan memberi perkhidmatan cemerlang kan? Saya kongsikan khasiat Vivix yang dipetik dari blog Mommy Lyna.



Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
Vivix bertindak dalam 4 cara:

1. Mempertahankan sel (cell defense)

vivix shaklee cell defense

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel (cell repair)

shaklee  vivix cell repair

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)

vivix shaklee cell performance


Nikmatilah special offer, especially sekiranya anda berhasrat nak menjana pendapatan dari rumah. Beli 2 botol Vivix dapat membership shaklee percuma!!
Gambar Ihsan dari Mommy Lyna

PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung dan menyusukan anak.
Hadiahkan Vivix Shaklee kepada yang tersayang – suami, isteri (kecuali yang mengandung dan menyusukan anak), ibu, ayah, mentua.. malah kepada diri sendiri.. tak nak ke jadi cantik dan sihat macam Ayu Raudhah :>
Dipetik dari http://baliklah.blogspot.com

Cepat, jangan lepaskan peluang !

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Tuesday, 6 December 2011

Tips Atasi Masalah Tak Cukup Susu Dalam Pantang

Saya ingin kongsikan pengalaman saya semasa dalam pantang. Pada saya ia inisiatif dari kesungguhan untuk memberi hanya susu ibu kepada Umar. Allah berikan ilham dan idea. Ianya simple sahaja, ramai mungkin membuat perkara yang sama. Cuma ia tercetus bukan dari pembacaan atau diberitahu oleh sesiapa. Walaupun memang sebenarnya saya ada memberikan susu FM juga dalam 2 3 hari di awal kelahiran..itu memang sebab kurang ilmu dan saya tidak terfikirkan pilihan lain.

Ok, berbalik kepada tips tu, saya kongsikan sebab saya selalu dengar dan baca, ibu-ibu terpaksa campur susu formula kerana tak cukup susu. Asasnya, susu sentiasa ada, cuma kadang-kadang penghasilannya lambat sedikit. Jadi bila baby nak minum..baby ni plak kalau dah lapar..lambat sikit mula mengamuk. Baby mana tau erti sabar..dia nak..hisap je keluar susu. Bila susu lambat atau sikit..mula la nangis dan biasanya orang sekeliling akan anggap susu tiada / tak cukup. Sebenarnya banyak tips untuk memastikan supply mencukupi antaranya dari segi penjagaan makanan. Cuma yang saya nak kongsikan, 1 je iaitu STOK susu.

Saya gunakan stok susu untuk masa-masa 'susu tak cukup'. Biasanya bila dah petang-petang, terasa cik B tu macam tak de susu. Cara saya buat stok...

Biasanya bila kita susukan baby sebelah, sebelah yang satu lagi susu pun akan keluar nak-nak masa let down reflect. Apa yang saya buat, saya tadah susu yang kuar tu, dapat la dalam +- 2 oz, kumpul2 dan bagi minum time yang dia ngamuk-ngamuk macam tak cukup susu. Nak pam pun boleh, tapi masa tu tak cukup ilmu, tak tau yang corong pam tu boleh simpan dalam peti sejuk lepas guna. Dulu, setiap kali guna.. basuh, jadi cam leceh + malas..hehe. Lagi pun kadang rasa leceh nak pakai-pakai pam, anak dah nangis2, lambat-lambat bagi merajuk plak..huhu. Kalau pandai buat marmet, boleh juga gunakan untuk tambah lagi hasil susu. Walaupun mungkin tangan lenguh sikit, tapi cara ni boleh dibuat oleh sesiapa sahaja tanpa perlu bantuan pam.

Sebenarnya masa tu tension jugak bila pam dapat sikit je, tadah lagi banyak. Padahal, di peringkat awal pakai pam, cik B kita pun ambil masa untuk sesuaikan diri dengan pam. Jadi ibu-ibu, jangan cepat frust bila di awal pam dapat susu sikit. Nanti bila dah dapat rentak dan dapat sesuaikan diri..boleh melimpah-limpah plak hasilnya =)

Saya adalah Shaklee Independent Distributor. Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~