Thursday, 14 June 2012

Pengalaman Bersalin

Alhamdulillah dah hampir 1bulan usia Imran Hussein..Putera ke dua kami. Syukur di atas kurniaan Allah SWT yang Maha Hebat. Catatan ini  sebagai catatan untuk ingatan saya dan keluarga (maklum la saya ni spesis short term memory ;p)

Kenangan bersalinkan Umar macam dah ingat-ingat lupa. Sampaikan masa nak bersalinkan Imran, saya rasa lebih nervous sebab dah lupa macam2...cmne cara nak kawal pernafasan, cmne rasa sakit nak bersalin etc ;p

Imran Hussein lahir pada 20 Mei 2012 jam 3.58 malam. Mula2 berhajat supaya Imran lahir 26 Mei, boleh jadi hadiah anniversary Ummi ngan Ayah ;) tapi dek kerana tumbesaran pesat Imran bila dah masuk minggu akhir2..redha je la..biar la bersalin awal sikit pun. Seram .. seriau kalau2 lagi besar dari abang long Umar.





Saya mula turun tanda hari ahad pagi. Sebelum tu dapat berita adik ipar dah bersalin. EDD kitorg beza dalam sebulan, dan EDD saya dulu..tup2 adik ipar bersalin dulu. Berdebar-debar gak.. “Dah sampai masa ke?”. Dalam berdebar-debar tu, sebab tak de rasa sakit apa..tetap gak gi Pasar Borong dan melawat adik ipar kat Hospital Serdang. Beg untuk bawak ke hospital ready je dalam kete. Rupa-rupanya seminggu jugak la untuk sampai masa. Dalam masa tu saya tetap gi kerja macam biasa..setiap hari berdebar takut sakit / pecah ketuban kat ofis, dan setiap hari rasa hari ni hari terakhir ke g keje ??




Hari kejadian...petang sabtu bawak Ma dan Umar round2 putrajaya, malamnya plak bawak Ma pergi makan nasi beriani kat JM Bariani House Bangi. Sempat jugak merasa nasi beriani sebelum berpantang ;p
Balik..hubby bawak Umar gi rumah nenek..saya dan Ma stay kat rumah je dan saya ambik kesempatan kemas2 rumah sementara Umar tak de. Hubby ngan Umar balik lambat gak..lepas tidurkan Umar, masa untuk Ummi plak tido ;p 


Dalam masa nak lena..terasa cam sakit je perut. Saya ambik handset dan catat selang masa sakit..Sambil tu saya telan OsteMatrix dan Alfalfa.. Persediaan kalau2 dah sampai masa. Tengok pattern sakit 5 minit sekali..Terus mandi, pastu kejut hubby dan siap2 ke hospital. Umar tinggal ngan Nek Wan.


Catatan selang masa sakit
Sampai An-Nur kul 3 pagi, register pastu terus dibawak ke labor room. Bukaan dah 6-7 cm. Alhamdulillah, syukur bukaan dah banyak, tak de la kene tunggu lama ;)

Nurse buat pemeriksaan dan persediaan yang patut..then Doktor Khamsiah sampai. Dengar suara Doktor bagi salam..suara baru bangun tido..cian doktor ;p

Doktor Khamsiah check bukaan 7 cm dan pecahkan ketuban. Doc pesan.. “Bila dah pecahkan ketuban, sakit lebih terasa dan kerap. Kalau dah rasa nak teran, bagitau ye”.
Saya pegang tangan hubby sambil tahan sakit dan baca doa Nabi Yunus. Sebelum tu dah minum air zam-zam yang hubby dah buat air selusuh. Beberapa kali tahan sakit, mula rasa gesaan untuk meneran. Nurse datang hulurkan kurma, tapi tak sempat makan..baru nak suap dah kene ready untuk masa yang ditunggu2..huhu..cuak nya rasa masa tu ;p
Dengar suara doc khamsiah..”Sayang, kalau rasa nak teran..teran ye”. Rasa tenang je dengar layanan doc..nurse2 pun sama, bagi support dan layanan yang baik. Alhamdulillah tak sampai 5 kali sesi cubaan (rasanya dalam 3 4 kali cubaan kut)..dengan support dari hubby, doc dan nurse serta sisa2 tenaga nasi beriani ;p 3.58 pagi..Syukur Alhamdulillah Imran Hussein selamat dilahirkan.

Lepas lahir..baby terus diletak atas dada saya..lega dan syukurnya tengok baby =) seperti masa Umar dulu, hubby potong tali pusat dan baby di bawa untuk timbang dan dibersihkan.

Syukur kali ni saya dapat melalui setiap proses dalam keadaan sedar. Masa Umar dulu, selepas Umar dibawa untuk dibersihkan, saya tak sedar..sedar2 sume dah siap dan ready untuk balik ke bilik. Kali ni dapat dengar suara hubby azan, merasai proses jahit etc. Lepas selesai sume, doc Khamsiah salam dengan saya sambil ucapkan tahniah sambil cium dahi saya.

Dalam setengah jam lepas bersalin, nurse datang tanya boleh tak susukan baby. Laju saya jawab..InsyaAllah boleh.. Memang tu la niat saya, nak susukan baby secepat yang boleh. Indahnya perasaan masa susukan baby..teringat moment2 masa susukan Umar =) yang best tengok muka baby masa tengah menyusu =)

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan seiring dengan plan saya untuk bersalin tanpa ambil ubat tahan sakit, tanpa induce dan susukan baby dalam masa sejam lepas bersalin.

Alhamdulillah..memang syukur sangat dengan apa yang Allah dah kurniakan....



Imran Hussein




Kenapa saya ambil OsteMatrix dan Alfalfa..
Kerana kalsium diperlukan dalam rangsangan penguncupan uterus semasa bersalin dan dalam penghasilan susu manakala Alfalfa dikatakan boleh merangsang contraction. **


** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~