Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Thursday 6 September 2012

Kebaikan Vitamin C untuk Selesema


Alhamdulillah saya sekeluarga baru recover dari selesema. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana tak terjangkit kat Imran. Setiap hari balik keje berdebar-debar check Imran takut-takut terjangkit sama. Kesian sangat kalau baby selesema..tidur terganggu..minum susu pun tak selesa. Cuma Umar, ayah dan ummi je kena. Umar pun cuma selesema je, tak sambung dengan batuk. Kebiasaannya bila selesema..lepas tu batuk plak. Dulu…sebelum mula mengambil supplement..saya pun camtu, kalau selesema..lepas tu confirm batuk.

Cite pasal selesema ni..saya nak relate dengan 3 konsep asas kehidupan kita iaitu Usaha, Doa & Tawakkal.

Memang fitrah sume ibu inginkan anak2 dan keluarga yang sihat kan. Kalau boleh tak nak anak-anak sakit..biarlah sakit tu ibu yang tanggung (lagi bagus kalau ayah yang tanggung kan sebab bila ibu sakit...anak-anak dan urusan rumah sedikit terabai ;p)


Usaha
Sebagai usaha..Bila Umar mula menampakkan tanda-tanda nak selesema, saya bagi Umar makan Vitamin C untuk kanak-kanak dan sedikit nutriferon. Saya pulak extra kan pengambilan Vita-C dan ambil nutriferon. Nutriferon ni kongsi ngan Umar. Memang niat dihati..untuk pertahanan..tak nak Imran terjangkit. Mungkin sebab tu lah saya sendiri terjangkit jugak ngan selesema tu..Imran je selamat =)

Kadang-kadang…bila Umar kurang sihat, saya bagi  minyak kelapa dara + madu sama. Tapi nak bagi ni thrill sikit..so kalau boleh control ngan makan Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon..saya bagi ni je. 


Doa
Ya Allah..kurniakan lah kesihatan kepada keluargaku. Engkau sembuhkanlah kami..Kurniakan lah kepada kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian sakit ini. Janganlah Engkau uji kami dengan kesakitan yang berbahaya. Dan Engkau lindungilah Imran dari dijangkiti Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Tawakkal
Dengan doa dan usaha…then... tawakkal dan meletakkan seluruh pergantungan kepada Allah. Apa yang kita doa dan usahakan hanya berjaya jika diizinkan-Nya. Yang menyembuhkan Allah.

Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya recover dari selesema tanpa perlu makan ubat. Honestly… memang tak suka makan ubat selesema sebab rasa lalok dan mengantuk yang teramat. Setakat ni ‘petua’ saya bila kene selesema..increase kan pengambilan Vita-C. Satu lagi..sekarang ni kalau kene selesema pun…mild je..tak de rasa panas kepala, kerengsaan pada mata dan tahap mukus meleleh pun tak teruk..dalam 3 4 hari baik.
3 4 hari baru baik? Lamanya !! Yup, sebab vitamin C bukan ubat..ia adalah makanan tambahan =)

** Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Nora Nur Adam
Shaklee Independent Distributor (ID : 859743)
012 - 374 2708 :: nora4adam@gmail.com




Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~