Saturday 24 September 2011

Susu Dah Banyak..Stop ambil Set B

Mungkin ada yang bertanya, set B perlu diambil sepanjang masa ke? Bila susu dah bertambah boleh stop?

Untuk itu, cuba fahami dahulu konsep asas tentang penyusuan dan fungsi supplement.

Penyusuan
Penghasilan susu adalah satu fitrah yang dikurniakan Allah kepada ibu-ibu setelah melahirkan. Ia adalah kejadian yang berlaku pada badan kita. Seperti juga kejadian kulit, darah, kuku, rambut dan sebagainya. Susu kurang, susu merudum, susu sikit bukan suatu penyakit. Tetapi satu refleksi dari kurangnya rangsangan dan keperluan untuk menghasilkan susu. Rangsangan yang diperlukan untuk memastikan penghasilan susu adalah kekerapan payu dara dikosongkan selain rangsangan hisapan dan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan baby. Mesti difahami..Konsep asas penyusuan adalah "Supply Based on Demand".

Gaya hidup ibu juga memberi kesan dalam penghasilan susu. Stress, pemakanan, keadaan emosi yang terganggu amat memberi kesan. Apabila ibu dalam keadaan stress atau tergesa-gesa semasa menyusukan atau mengepam, agak sukar untuk ibu mendapat let down yang mana let down membantu ibu memastikan payu dara dikosongkan dengan berkesan.

Ibu-ibu perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk keperluan ibu kerana ia akan membantu penghasilan susu. Air merupakan kandungan utama susu (lebih dari 80%).  Selain air, susu sarat dengan zat-zat gizi utama seperti karbohidrat (laktosa), protein, lemak, vitamin dan mineral. Oleh itu diet seharian ibu harus mengandungi segala kandungan tersebut. Ibu perlu meminum air secukupnya (2 liter sehari) dan mengambil makanan yang tinggi protein, kalsium dan sebagainya.

Ibu perlu memastikan zat-zat yang diperlukan diambil secara konsisten sepanjang penyusuan. Seperti yang saya katakan di atas, susu kurang bukan penyakit. Konsep penyakit..Semasa sakit kita makan ubat, bila dah sembuh kita akan stop ambil ubat. Bila susu banyak, kita tidak boleh berhenti mengambil air, protein, kalsium dan zat-zat lainnya kerana ia merupakan keperluan harian kita yang mesti diambil secara berterusan. Ia diperlukan oleh fungsi tubuh.

Pemakanan seimbang dan mencukupi dari segi zat-zatnya penting untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Analoginya..kulit, sekiranya tubuh kita kekurangan air dan tidak dibekalkan dengan vitamin-vitamin kulit seperti vitamin A, B, C, E dan protein, kulit kita akan kering, kusam, tak bermaya. Saya tidak bermaksud untuk menyatakan yang anda perlu mengambil vitamin-vitamin ini dalam bentuk supplement kerana ia boleh diperoleh dari pemakanan makananan asas seharian. Supplement adalah alternatif kerana kadang-kadang kita tidak makan secara seimbang, makanan yang kita ambil tidak mempunyai zat yang secukupnya kerana termusnah dalam proses penyediaan dan sebagainya.

Supplement bukan ubat
Supplement merupakan makanan tambahan yang diambil untuk menampung kekurangan dari pemakanan seharian. Ubat bersifat menyembuhkan, setelah sembuh, pengambilan ubat dihentikan. Perumpamaannya..Setiap hari badan kita memerlukan vitamin C, katakan kita mengambil oren sebagai sumber vitamin C, adakah apabila vitamin C sudah cukup..Kita terus berhenti makan oren? Dan vitamin C yang diperoleh itu berkekalan sampai bila-bila?

Keperluan vitamin untuk fungsi badan kita bersifat berterusan. Makan hari ini untuk keperluan hari ini, makan esok untuk esok. Mungkin boleh dikatakan kita perlu memastikan zat-zat ini diambil seperti pepatah "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Bagi ibu-ibu menyusu, makanan seperti lobak putih, kurma, halba, alfalfa, jantung pisang, longan kering dan sebagainya dipercayai boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Saya percaya, ibu-ibu pasti pernah mencuba salah satu dari senarai di atas kan..Adakah dengan sekali dua makan susu ibu-ibu jadi banyak dan maintain banyak sampai bila? Saya yakin, bagi ibu-ibu yang serasi dengan makanan penambah susu tersebut, susu hanya bertambah selepas ia diambil dan bertahan dalam tempoh sehari dua sahaja kan? Kemudian susu kembali seperti biasa. Perlu difahami, makanan penggalak susu hanya menyumbang beberapa peratus sahaja kepada penghasilan susu, untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan, perkara paling utama adalah rangsangan dan supply seperti yang telah dinyatakan di atas.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada kita bersama. Salam sihat dan kebahagiaan untuk kita semua ,=)

Untuk yang ingin mendapatkan vitamin. Boleh hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma. ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~