Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat. Tahukah Anda? Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Perbezaan Shaklee Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya. Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Ingin mencuba ESP ? Hubungi saya untuk dapatkannya. SMS ke 012 - 374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com. |
Tuesday, 26 July 2011
Energizing Soy Protein – Vanilla
Saturday, 23 July 2011
Kebaikan ESP
Dah sebulan lebih saya mengambil ESP. Rasa macam dah jadi transformer sikit..hehe. Ada beberapa perubahan yang saya dapat semenjak ambil ESP. Tujuan asal ambil ESP untuk buat stok iaitu gantikan stok yang rosak dan juga sebagai backup semasa puasa nanti. Tujuan asal tu memang tercapai dengan izin Allah..Alhamdulillah. Tapi selain tu saya juga dapat bonus lain.
Bonus yang saya dapat adalah kulit yang cantik, halus mulus dan anjal. Yang paling menggembirakan, suami yang memujinya =) Banyak perubahan yang berlaku terhadap kulit saya antaranya liang pori muka semakin mengecil, cracked heels hilang, kulit sekata, mengurangkan kesan stretch mark. Saya memang mempunyai kesan stretch mark yang agak banyak. Bayangkan la orang yang kecil molek mengandungkan baby seberat 3.85kg ! Tapi sekarang dengan izin Allah, ia semakin hilang..Alhamdulillah.
Pada hari pertama saya mengambil ESP saya dah merasakan badan lebih segar dan bertenaga. Sejak itu, Alhamdulillah, bila balik ke rumah, saya dapat menyelesaikan kerja-kerja rumah dengan lebih baik dan di samping itu dapat lagi berblog dan surf internet. Selain itu, bila badan bertenaga, badan pun terasa ringan untuk beribadah. Tidak lah asyik mengantuk dan nak tido je..tak perlu tunggu disorongkan bantal pun akan tido !
Umar juga terkesan dengan pengambilan ESP ni. Biasalah anak-anak yang duduk di taska, hidung asyik berhingus je..hampir setiap masa. Saya bukan menyalahkan taska, tapi itu lah hakikatnya walau di mana pun. Mungkin ada taska yang tidak, tapi rata-ratanya begitu. Sejak saya mengambil ESP, saya perasan yang Umar tidak lagi berhingus walaupun saya lihat anak-anak yang lain, kawan-kawan Umar berhingus. Cuma baru-baru ni Umar diserang batuk, selesema dan demam, jadi sekarang masih lagi dalam proses recover..hidung tu masih berhingus. Cuma, dalam keadaan biasa, Umar tidak berhingus. Alhamdulillah..Satu kebahagiaan bagi setiap ibu bila anak berada dalam keadaan baik.
Memang tidak menghairankan perubahan yang berlaku pada kulit dan sel badan kerana ESP mengandungi kandungan protein yang tinggi. Protein diperlukan oleh tubuh badan dalam pembinaan sel-sel baru dan membaik pulih tisu yang rosak.
Ingin mencuba ESP dan menjadi transformer mengalami perubahan seperti saya ? Hubungi saya untuk dapatkannya. SMS ke 012 - 374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com. Dapatkan ESP dengan diskaun RM 40.00. Tawaran diskaun ini hanya hingga 31 Julai 2011, tapi tawaran untuk mencuba dan mendapat kebaikan ESP terbuka sampai bila-bila !!
Wednesday, 13 July 2011
Suplement untuk Ibu Mengandung
Perlu kah ibu mengandung mengambil makanan tambahan aka supplement? Pada saya perlu, sebab itu doktor bekalkan berkampit-kampit vitamin semasa pregnancy checkup kan?
Bagi mereka yang diet hariannya tidak lengkap, memang sangat-sangat lah perlu. Tambah lagi ibu mengandung terutama di awal trimester selalunya kene sindrom tak lalu makan, loya dan muntah. Makanan yang boleh diterima tekak pun terhad je, itu belum kira berkhasiat dan cukup zat tak. Ada sesetengah nya selera makan makanan segera je. Camane? Sebab itu ibu mengandung perlu ambil supplement. Peranan supplement adalah untuk cover kekurangan-kekurangan tersebut. Jadi, secara normalnya, ibu mengandung perlukan makanan tambahan. Apa pun..pilihan dan keputusan di tangan anda..
Ibu mengandung perlu mengamalkan cara makan yang baik. Cara makan yang baik bukan bererti ‘lebih banyak makan lebih baik’ tetapi apa yang penting adalah kualiti apa yang dimakan.
Vitamin Shaklee untuk Ibu Mengandung (Set J) terdiri daripada vitamin-vitamin yang mengandungi nutrien yang penting sepanjang tempoh mengandung. Vitamin tersebut adalah:
Vita-Lea Iron Formula - 1 biji sehari
Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 12 vitamin 7 galian yang dperlukan oleh tubuh. Ia juga adalah formula yang lengkap dengan zat besi. Zat besi penting untuk menghasilkan darah dan mengelak ibu dari mengalami anemia atau rasa pening dan mudah pitam.
B-Complex - 1 biji sehari
Lengkap dengan 8 jenis vitamin B, termasuk Asid Folik. Asid Folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan anemia dan juga kecacatan kepada bayi seperti anencephaly dan spina bifida. Asid Folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, B Complex Shaklee dihasilkan dengan Sistem Penyerapan Bioaktif yang yang membolehkan Vitamin B lebih mudah diserap oleh tubuh.

Vitamin-C - 1 biji sehari
Pengambilan vitamin C membantu menolong penyerapan zat besi. Vitamin C bertindak melindungi sel, penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium) – 4 biji sehari
Ibu mengandung memerlukan kira-kira 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang & gigi utk baby selain untuk keperluan ibu sendiri. Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan ibu mengalami osteoporosis. Kalsium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf dan mengurangkan gejala kebas dan kekejangan pada ibu. Kajian membuktikan kalsium boleh mengurangkan risiko ibu untuk mendapat darah tinggi semasa mengandung. Jika ibu minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari sudah mencukupi. Disarankan diambil pada waktu malam.
OmegaGuard (ditambah apabila kandungan masuk trimester kedua) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
Energizing Soy Protein – minum sekali sehari
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit juga mampu mengurangkan kesan stretch-mark. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
Kami menawarkan Pakej Percubaan 30 hari Untuk Ibu Mengandung:
(1) Euphoria Pack J1 (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix
(2) Euphoria Pack J2 (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix + 30 tabs OmegaGuard
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. SMS ke 012-374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com
Labels:
Euphoria Trial Pack
,
Hamil
,
Ibu Mengandung
,
Set J
,
Set Mengandung
Monday, 11 July 2011
Promosi Tumpang Gembira
Haa..tajuk macam lawak kan. Promosi Tumpang Gembira ni adalah promosi untuk ibu-ibu mengandung, akhir-akhir ni lepas satu-satu dapat berita kawan-kawan mengandung. Jadi promosi ni untuk meraikan ibu-ibu mengandung =)
harap ibu-ibu happy dan sihat sepanjang mengandung ye =) |
nanti dapat baby happy dan sihat macam saya ! |
Pembelian mana-mana Euphoria Trial Pack Set J (I / II / III) akan dapat free gift berjenama Tupperware (selagi stok masih ada) ATAU tambahan 7 tabs Vita-lea, Vit-C & B-Complex. Pilih mana satu yang anda suka !
Promosi ini adalah sehingga 31 Julai 2011, hubungi saya di nora4adam[at]gmail.com atau sms ke 012-374 2708 untuk maklumat lanjut.
Tuesday, 5 July 2011
Persediaan Menyambut Tetamu Agung Ramadhan
Assalamu'alaikum semua =)
Sebelum ni entri saya berkaitan dengan persediaan ibu menyusu menjelang ramadhan, berkaitan dengan penyusuan sahaja. Kali ni kita lihat pula persediaan yang sepatutnya kita buat sebagai hamba-Nya..yang perlu dipersiapkan oleh semua kita yang bergelar muslim.
Biasanya kita akan gembira menyambut tetamu yang akan mengunjungi kita, bahkan akan terlebih dahulu membuat persiapan sambutan yang selayaknya. Beberapa persiapan sebenar untuk menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak ialah:
1. Bergembira dan Berdoa
Ramadhan adalah masa dan peluang umat Islam untuk melipat gandakan usaha kebajikan. Oleh sebab itu kita perlu suka dan gembira, berdoa dan mengharap supaya kita dipanjangkan umur untuk sampai dan menikmati Ramadhan yang mulia.
2. Memperbanyakkan Puasa Sunat dalam Bulan Sya'ban
Kita digalakkan memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Sya'ban sama ada puasa sunat khas Sya'ban, puasa isnin dan khamis atau lain-lainnya. Tetapi puasa sunat selepas pertengahan bulan, mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie hanya boleh dilakukan jika telah memulakan puasa sunat sebelum masuk pertengahan Sya'ban. Jadi belum terlambat jika kita mulakan sekarang berpuasa sunat di bulan Sya'ban ini.
3. Mengqada' Puasa Wajib yang ditinggalkan
Sya'ban adalah bulan terakhir buat tahun itu untuk mengqada' puasa Ramadhan.
4. Membayar Fidyah bagi Sesiapa yang Berkaitan
Fidyah ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan qadha' puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Golongan yang wajib membayar fidyah adalah:
Golongan : Orang yang tidak berpuasa kerana uzur syarie atau sengaja meninggalkan puasa.
Fidyah : Wajib qada' sebelum datangnya Ramadhan akan datang. Jika masih belum qada', maka dikenakan fidyah.
Golongan : Uzur iaitu mustahil akan sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
Fidyah : Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu qada' puasa.
Diharapkan perkongsian ini dapat kita manfaatkan sebaiknya sebagai persediaan kita menyambut tetamu Ramadhan yang mulia.
Sumber : Buku Keagungan Ramadhan: Penghayatan & Kisah-kisah Utama.

Golongan : Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan kandungannya terjejas.
Fidyah : Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Puasa hendaklah diqada' sebelum masuk Ramadhan akan datang. Jika tidak qada' puasa sehingga masuk Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
Golongan : Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan dirinya sendiri.
Fidyah : Wajib qada' sebelum Ramadhan akan datang dan jika masih belum qada', maka baru dikenakan fidyah.
Golongan : Orang yang tidak qada' puasa Ramadhan pada tahun itu hingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa usur syarie.
Fidyah : Wajib qada' sebanyak hari yang ditangguhnya dan wajib mengeluarkan fidyah mengikut kadarnya.
Diharapkan perkongsian ini dapat kita manfaatkan sebaiknya sebagai persediaan kita menyambut tetamu Ramadhan yang mulia.
Sumber : Buku Keagungan Ramadhan: Penghayatan & Kisah-kisah Utama.
Monday, 4 July 2011
Promosi Julai
Assalamu'alaikum dan salam Sya'ban semua,
Pasti anda semua tertunggu-tunggu promosi untuk Bulan Julai kan? Ok, untuk bulan Julai ni, kami sediakan promosi hebat untuk anda semua. Untuk dapatkan apa yang promosi tu..anda boleh lakukan salah satu perkara berikut:

- emailkan ke nora4adam@gmail.com dengan subject Promosi Julai di VitaminBestDeal
- smskan alamat email anda ke 012-374 2708
Sebagai hint..promosi Julai ini adalah untuk persediaan puasa especially kepada ibu-ibu menyusu, ramadhan pun tinggal beberapa minggu lagi kan. Pembelian Set B, ESP pasti berbaloi-baloi.
Jangan lupa, peluang untuk dapat ipad 2 masih terbuka untuk anda. Anda berpeluang untuk dapatkannya dengan pembelian di VitaminBestDeal.
Hubungi saya segera =)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Disclaimer
Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Proses Order
Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.
***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.
VBD
Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~