Tuesday, 5 July 2011

Persediaan Menyambut Tetamu Agung Ramadhan

Assalamu'alaikum semua =)

Sebelum ni entri saya berkaitan dengan persediaan ibu menyusu menjelang ramadhan, berkaitan dengan penyusuan sahaja. Kali ni kita lihat pula persediaan yang sepatutnya kita buat sebagai hamba-Nya..yang perlu dipersiapkan oleh semua kita yang bergelar muslim.

Biasanya kita akan gembira menyambut tetamu yang akan mengunjungi kita, bahkan akan terlebih dahulu membuat persiapan sambutan yang selayaknya. Beberapa persiapan sebenar untuk menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak ialah:

1. Bergembira dan Berdoa
Ramadhan adalah masa dan peluang umat Islam untuk melipat gandakan usaha kebajikan. Oleh sebab itu kita perlu suka dan gembira, berdoa dan mengharap supaya kita dipanjangkan umur untuk sampai dan menikmati Ramadhan yang mulia.

2. Memperbanyakkan Puasa Sunat dalam Bulan Sya'ban
Kita digalakkan memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Sya'ban sama ada puasa sunat khas Sya'ban, puasa isnin dan khamis atau lain-lainnya. Tetapi puasa sunat selepas pertengahan bulan, mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie hanya boleh dilakukan jika telah memulakan puasa sunat sebelum masuk pertengahan Sya'ban. Jadi belum terlambat jika kita mulakan sekarang berpuasa sunat di bulan Sya'ban ini.

3. Mengqada' Puasa Wajib yang ditinggalkan
Sya'ban adalah bulan terakhir buat tahun itu untuk mengqada' puasa Ramadhan.

4. Membayar Fidyah bagi Sesiapa yang Berkaitan
Fidyah ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan qadha' puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Golongan yang wajib membayar fidyah adalah:

Golongan : Orang yang tidak berpuasa kerana uzur syarie atau sengaja meninggalkan puasa.
Fidyah : Wajib qada' sebelum datangnya Ramadhan akan datang. Jika masih belum qada', maka dikenakan fidyah.

Golongan : Uzur iaitu mustahil akan sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
Fidyah : Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu qada' puasa.

Golongan : Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan kandungannya terjejas.
Fidyah : Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Puasa hendaklah diqada' sebelum masuk Ramadhan akan datang. Jika tidak qada' puasa sehingga masuk Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

Golongan : Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan dirinya sendiri.
Fidyah : Wajib qada' sebelum Ramadhan akan datang dan jika masih belum qada', maka baru dikenakan fidyah.

Golongan : Orang yang tidak qada' puasa Ramadhan pada tahun itu hingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa usur syarie.
Fidyah : Wajib qada' sebanyak hari yang ditangguhnya dan wajib mengeluarkan fidyah mengikut kadarnya.

Diharapkan perkongsian ini dapat kita manfaatkan sebaiknya sebagai persediaan kita menyambut tetamu Ramadhan yang mulia.

Sumber : Buku Keagungan Ramadhan: Penghayatan & Kisah-kisah Utama.


No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~