Friday 13 January 2012

Faktor yang meningkatkan penyerapan Zat Besi

Zat besi adalah mineral penting untuk kesihatan tubuh manusia, ia dijumpai dalam setiap sel manusia. Zat besi berfungsi sebagai teras molekul hemoglobin, ia merupakan komponen pembawa oksigen bagi sel darah merah.

Sel darah merah mengambil oksigen dari paru-paru dan mengedarkan oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan. Keupayaan sel-sel darah merah membawa oksigen adalah disebabkan oleh kehadiran zat besi dalam molekul hemoglobin.

Penyerapan zat besi oleh badan boleh dioptimumkan. Antara bahan yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi adalah :

Asid Askorbik atau Vitamin C – menurut kajian, 100 milligrams asid ascorbic mampu meningkatkan sehingga 4.14 kali penyerapan zat besi.

Beta-Karotena – Antara makanan yang mengandungi beta-karotena adalah aprikot, lobak merah, jagung, anggur merah, oren, buah pic, prun, lada merah, bayam, kentang manis, tomato, lobak dan sayur-sayuran.

Daging – Daging lembu, biri-biri, ayam dan ikan salmon. Daging lembu memberi kesan penyerapan paling baik berbanding daging-daging lain.

Gula semulajadi – Makan buah-buahan atau menambah madu dalam makanan seperti bijirin boleh meningkatkan penyerapan zat besi.

Copper (tembaga) – Copper merupakan nutrien utama untuk meyokong metabolisme zat besi. Kehadiran Copper adalah sebagai pembawa zat besi ke seluruh badan. Bagi pengidap anemia, berkemungkinan, masalah anemia yang dihidapi adalah berpunca dari kekurangan copper.

Alkohol – Walaupun alkohol boleh meningkatkan penyerapan zat besi, tapi sebagai mana yang diketahui. Mudaratnya lebih besar dari faedahnya. Lagipun masih banyak lagi pilihan lain yang boleh diambil ;)

Penyerapan zat besi secara optimum amat penting terutamanya bagi mereka yang memerlukan lebih zat besi seperti penghidap anemia, ibu mengandung (terutamanya bagi yang mempunyai HB rendah), ibu menyusu, kanak-kanak dalam proses pertumbuhan, ahli sukan, wanita yang kehilangan banyak darah semasa haid dan penderma darah. Vegetarians juga memerlukan lebih zat besi. Walau bagaimana pun, setiap sesuatu mesti diambil secara sederhana atau secukupnya kerana jika berlebihan boleh menyebabkan mudarat.

Kandungan dalam Vitalea with Iron Formula
Vitalea adalah multivitamin Shaklee yang diformulakan dengan zat besi. Selain fungsinya sebagai multivitamin, ia dilengkapi dengan bahan / mineral yang dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com )

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~