Tuesday 21 June 2011

Persediaan Ibu Menyusu Menghadapi Puasa


Bulan ramadhan akan muncul dalam sebulan lebih je lagi. Sekarang ni pun pasti ada ibu-ibu yang mungkin tengah sibuk qada' puasa. Bagi kebanyakan ibu menyusu pasti memikirkan cara untuk menghadapi bulan ramadhan tanpa memberi kesan kepada penyusuan, terutamanya untuk ibu-ibu yang memang bertekad dan berazam untuk hanya memberikan susu ibu kepada bayi mereka.


Sebenarnya, tidak semua ibu menyusu akan mengalami pengurangan dalam penghasilan susu, tetapi dari segi tenaga, mungkin ramai yang akan merasai perbezaannya. Ye lah, selain menyusu, kerja-kerja biasa tetap dibuat seperti biasa. Bulan puasa ni, bagi sesetengah orang mungkin perlukan lebih tenaga, buat persiapan berbuka, sahur dan ibadah-ibadah sunat yang lain.


Tahun lepas, saya menghadapi bulan puasa dengan kurma, halba dan tambahan Set Breastfeeding dan Performance Drink (Shaklee).
Alhamdulillah, walaupun ada hari yang rasa kurang bertenaga, saya dapat terus berpuasa dan berpuasa penuh sebulan. Cuma badan cam bau sikit la sebab ambik halba..terlebih dos agaknya ;)
Penghasilan susu pun Alhamdulillah, maintain, malah boleh buat stok lagi.


Persediaan terbahagi kepada sebelum dan semasa berpuasa dan bergantung pula kepada beberapa situasi. Persediaan sebelum adalah untuk menyediakan stok dan persediaan semasa adalah untuk persiapkan diri untuk menghasilkan susu yang mencukupi dan tenaga untuk terus berpuasa.


1. Penghasilan susu masih banyak
Bagi ibu-ibu yang masih baru misalnya umur baby dalam lingkungan 8 bulan ke bawah, kebiasaannya penghasilan susu masih tinggi. Jadi mungkin tiada masalah dari segi penyediaan stok dan penghasilan susu walaupun sedang berpuasa.
Sebelum : Persiapkan mental sahaja mungkin =)
Semasa  : Ibu menyusu mungkin hanya perlukan tambahan tenaga kerana selain menyusukan dan bekerja (bagi surirumah, menguruskan rumah juga kerja), ibu juga perlu menyediakan juadah berbuka dan bangun awal untuk bersahur. Ibu menyusu disarankan mengambil Performance Drink dan jika perlu, ambil bersama Set A atau Set B. Set A lebih berfungsi untuk tenaga, Set B pula fungsinya lebih kepada menambah penghasilan susu dan tenaga kerana ia mengandungi Alfalfa. Ibu boleh memilih mengikut keperluan.


2. Penghasilan susu cukup makan cukup untuk keperluan
Bagi ibu-ibu yang hasil perahan hanya cukup-cukup, kadang-kadang ada lebih untuk stok dan stok yang ada pun cukup-cukup je.
Sebelum : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B untuk menggalakkan lagi penghasilan susu, jadi boleh tambah stok.
Semasa  : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B dan Performance Drink.


3. Penghasilan susu tak menentu
Bagi ibu menyusu yang hasil perahan tidak menentu, kadang-kadang cukup, kadang-kadang tak cukup. Stok pun hampir-hampir tidak ada.
Sebelum : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B bersama Energizing Soy Protein (ESP). Pengambilan bersama ESP dapat menggalakkan lagi penghasilan susu dan dapat membantu ibu menyediakan stok.
Semasa  :  Ibu menyusu disarankan mengambil Set B dan Performance Drink. Jika tak cukup, ambil bersama ESP juga.


Walau apa pun milk booster yang diambil, konsep penyusuan mesti tetap dipatuhi. Iaitu :
1. Kerap kosongkan payudara.
2. Banyak minum air kosong. 1L untuk setiap 25kg berat manusia. Kalau berat 50kg, perlu minum 2L air. Namun, untuk mereka-mereka  yang ada ambil vitamin dan menyusu, perlu lebih lagi air. Disyorkan 3L.
3. Dan yang paling penting, sentiasa berdoa pada Allah. Mohon diberi rezeki buat anak dan kesihatan buat kita supaya dapat terus menyusukan anak. Doa beserta tawakkal.


* Satu set Full Pack adalah untuk kegunaan kira-kira 4 bulan.


Saya menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli vitamin.


Namun anda perlulah menghantar email kepada saya di nora4adam[at]gmail.com dan boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708 untuk mendapatkannya.


Walaubagaimanapun semua tawaran dan pek mini ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK ditawarkan / dijual / disediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia.  Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami.
Harap Maklum.

No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~