Saturday 25 June 2011

Persediaan sebelum puasa - Usaha Buat Stok Susu (Part 1)

Puasa tahun lepas, persediaan saya sebagai ibu menyusu bermula beberapa hari je sebelum puasa bermula. Tapi masa tu, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Production susu masih ok walaupun ada kurang sikit, tapi cukup untuk keperluan Umar dan buat stok. Kerisauan masa tu cuma macam mana berpuasa sambil menyusu? Hari biasa yang boleh makan dan minum pun rasa letih, lapar dan dahaga setiap kali selepas pam / menyusu. Kadang-kadang sampai menggigil sebab lapar. 

Dalam seminggu sebelum puasa baru google persediaan, dan saya memilih Set B dan Performance Drink. Alhamdulillah pilihan saya tepat, Set B dan Performance Drink work for me ! Saya dapat menjalani ibadah puasa penuh sebulan sambil menyusukan Umar. Siap bertambah-tambah stok saya. Alhamdulillah.

Tahun ni mencabar sikit, dan Alhamdulillah Allah sedarkan saya untuk bersedia awal. Setelah diuji dengan 2 siri susu rosak dan demam teruk. Pada 17 Jun, stok saya pada tahap ZERO (0)..tiada langsung ! Pada 23 Jun baru saya berjaya buat 1 stok..Alhamdulillah.

Kejadian pertama susu rosak berlaku semasa saya berkursus di Melaka. Walaupun dah berkali-kali pesan kepada pekerja hotel supaya simpan susu perahan saya dalam freezer, tetapi bila saya ambil pada hari terakhir kursus..Kecewa..hancur luluh rasa hati bila tengok susu-susu tu lembik je. Mereka tak simpan dalam freezer !!
Sia-sia hasil perahan hampir 2 minggu sepanjang berkursus.

Kejadian kedua sebab kelalaian sendiri, tutup freezer tak rapat. Sekali lagi hati hancur luluh. Hmm..Redha je la, doa semoga Allah izinkan untuk saya ganti balik.
Selepas 2 kejadian tu saya maintain dengan stok yang tak sampai 10 stok dalam freezer. 
Production susu pun makin menurun. Biasanya hasil perahan sehari 12oz++, cukup-cukup untuk keperluan Umar esoknya je dan kadang-kadang ada la lebih skit untuk buat stok.
Tapi selepas demam 2 minggu lepas, hasil perahan merudum ke 8oz je sehari. Memang tak cukup !!

Sebagai persediaan menghadapi ramadhan tahun ini, saya perlu buat stok. Saya perlu ada stok untuk menghadapi kemungkinan tidak sihat lagi atau ada hal-hal luar jangka yang lain. Saya tidak sanggup setiap hari tertanya-tanya dan berdebar-debar, cukup ke hasil perahan hari ni?

Saya perlu usaha lebih dan usaha saya untuk buat stok dan tambah penghasilan susu ialah:
1) Kerapkan pam atau direct feeding
Di ofis saya pam 2 kali je sehari (tidak patut dicontohi). Saya masih maintain pump 2 kali di ofis, cuma saya tambah sesi pam di rumah. Tapi hasil perahan hanya untuk cukupkan keperluan Umar ke taska esoknya.

2) Doa
Doa semoga Allah lapangkan rezeki untuk Umar. Doa sebagai pengiring usaha.

3) Ambil Set B bersama Energy Soy Protein (ESP)
Saya tambahkan pengambilan ESP bersama Set B untuk meningkatkan lagi penghasilan susu. Tambahan lagi ESP memberi lebih tenaga. Penyusuan / pam yang kerap menyebabkan badan terasa letih.

Alhamdulillah, setelah 3 hari mengambil ESP bersama Set B, saya telah berjaya membuat 3 stok (3x4oz) dan badan tidak terasa letih, malah lebih bertenaga dari sebelum ini.

InsyaAllah entri ini bersambung dengan Part 2. Saya ingin kongsikan apa yang saya peroleh dengan tambahan ESP. Jumpa lagi di next entry =)

No comments :

Post a Comment

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~