Eu-Four Pack

Untuk kesihatan Optimum ~ Sesuai untuk semua ~

Thursday, 25 August 2011

Testimoni : Vitamin C Mengurangkan Sinus

Assalamu'alaikum dan salam sihat semua =)
Saya ingin kongsikan testimoni ofismate saya setelah mengambil Vita-C. Vitamin C sebagaimana yang diketahui umum sangat baik untuk kesihatan. Untuk melihat senarai khasiat-khasiat Vitamin C, klik sini.



"Marscela : Kak Nora, berkesan lah Vit C tu
me : Apa kesannya?
Marscela : hee, Novolin ambil sebiji semalam, dia ada sinus, selalu kene aircond, sensitif dengan sejuk, so dia cakap dah ok sikit wpun baru sebiji. Saya baru ambil sebiji hari ni. hee..Kalau ambil regular mesti ok kan. Ada duit lebih sikit nanti saya nak try ESP pula"

Selepas terkesan dengan kebaikan Alfalfa, Marscela terus beli Vitamin C (Klik untuk mengetahui kisah Marscela dengan Alfalfa). Nak meningkatkan tahap imuniti dan nak kulit cantik katanya..hehe

Istimewanya Vitamin C Shaklee adalah sistem pelepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. Badan kita berupaya membuat pelbagai perkara tetapi badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C.
Itu perlunya Vitamin C ini dilepaskan dan disalurkan ke badan kita jam demi jam melalui sistem pelepasan berkekalan ini.

Ok, kita berkenalan dengan Sinus pula..Apa itu Sinus? Dalam bahasa kedoktoran atau saintifik dipanggil Sinus, dalam bahasa aras tinggi kita ni dipanggil Resdung..hehe. Sedikit info tentang sinus

"Sinus itu adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Rongga-rongga udara ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu maxillary (bahagian bawah), ethmoid (bahagian dalam mata), frontal (bahagian atas mata) dan sphenoid.  Membran yang melapisi rongga² sinus ini berfungsi mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung." 

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkan Vita C dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Wednesday, 24 August 2011

Alfalfa Bukan Sekadar Milk Booster


Alfalfa sinonim sebagai Milk Booster. Tapi..Tahukah anda, Alfalfa sebenarnya mempunyai pelbagai lagi khasiat?


Bercakap tentang Alfalfa sebagai milk booster, teringat kisah di mana semasa balik kampung, saya bagi abah Set G. Abah ada resdung. Bila dah balik KL, adik saya telefon tanya betul ke supplement yang saya bagi kat Abah? Sebabnya pada label tu antaranya tertulis :


  • Sebagai Milk Booster - bagi ibu yang menyusukan anak
  • Membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan


Haha..sakit perut saya ketawa..dah la adik saya tu memang kelakar orangnya. Terlalu banyak sebenarnya khasiat Alfalfa, tak muat untuk disenarai dalam label.


Ha..ni dia khasiat daun alfalfa, kalau dalam blog boleh la nak senaraikan banyak-banyak kan? Alfalfa..Selain membanyakkan susu ibu:

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid. >> Baca testimoni di sini
  6. Merawat arthritis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
Tengok item no .17, alfalfa pun bagus untuk lelaki. So, sambil-sambil makan alfalfa, boleh la suap-suap kat suami juga..Bahagia nya =)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkan Alfalfa dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Testimoni : Alfalfa Melegakan Senggugut


Semalam saya ber googleTalk dengan ofismate. Namanya Marscela.. Sabahan... Marscela mengadu dia tengah period pain dan tanya camane nak kurangkan. Tadi masa ke toilet pun rasa nak pengsan je. So saya bagitau "Kalau nak legakan dengan supplement ambil alfalfa atau GLA..Kalau cara biasa..menonggeng, letak botol panas/suam kat perut atau tidur"

Then saya bagi dia 6 biji alfalfa. Dia makan 2 biji..dalam sejam lepas tu dia datang kat workstation saya sambil tersenyum dan bagitau period pain nya dah hilang. Biasanya sehari hari pertama dia akan menanggung period pain.

Ini status Marscela di GTalk


Walaupun alfalfa terkenal sebagai Milk Booster, tetapi bukan itu sahaja fungsi alfalfa. Alfalfa ada pelbagai fungsi lagi. Klik sini untuk mengetahui Khasiat Alfalfa.

Hubungi saya untuk dapatkan Alfalfa dan konsultasi percuma! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Friday, 19 August 2011

Susu Ibu Tercemar


Susu ibu memang sebaik-baik susu untuk bayi kita. Iya lah, susu manusia pasti yang terbaik juga untuk manusia. Secara umumnya, sepertimana yang biasa diketahui, sekiranya bayi mendapat susu secara direct feeding, susu ibu itu tidak tercemar.

Susu ibu boleh tercemar semasa pengendalian EBM, contohnya apabila bekas atau botol yang digunakan untuk menyimpan EBM tidak dicuci dan disteril dengan betul.

Tetapi, tahu kah anda, dalam kes-kes tertentu, walaupun bayi menyusu secara direct, susu yang diminum oleh bayi boleh tercemar? Eh..Biar betul !! Ya, keadaan ini berlaku jika ibu terdedah kepada pencemaran atau racun contohnya racun perosak. Bayi boleh terdedah kepada pencemaran melalui susu ibu.

Di bawah adalah petikan dari Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits - CPAK)

"Apabila racun perosak memasuki tubuh siibu, dan memasuki organ-organ tubuhnya seperti hati atau buah pinggang, ia hanya dikeluarkan melalui pembuangan air kecil, air besar atau peluh. Racun perosak juga akan memasuki bahagian-bahagian tubuh yang berlemak dimana ia akan terkumpul. Salah satunya adalah buah dada wanita. Susu ibu sering kali digunakan sebagai bahan untuk mengukur kadar pencemaran kerana ia mudah untuk diperolehi. Ia adalah lebih mudah berbanding dengan cara biopsi yang menyakitkan untuk mengukur tisu lemak di bahagian yang lain. Perlu diingat bahawa organ-organ yang lain dan juga semua bahagian-bahagian yang berlemak di dalam tubuh manusia boleh tercemar dengan racun perosak.
 Daripada berhenti memberikan susu ibu kepada bayi adalah lebih baik kita menghentikan penggunaan racun perosak”

Sumber : http://pertanianperak.gov.my/jpp/images/pdf/Kesan%20Racun%20Perosak%20Terhadap%20Kesihatan.pdf

Alhamdulillah, hari ini, kesedaran untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi sudah semakin meningkat dikalangan kita dan ia membawa kepada trend penggunaan bahan-bahan organik dan semulajadi. Semoga kesedaran ini terus meningkat dan menjadi pilihan hidup kita.

Selain itu, saya pernah terbaca artikel tentang Kacip Fatimah perlu dielakkan oleh ibu-ibu menyusu. Walaupun tiada kajian yang membuktikannya setakat ini, berdasarkan kenyataan di atas, pendapat peribadi saya, lebih baik kita mengambil jalan selamat dengan menghindarkan pengambilan Kacip Fatimah. Ini kerana, salah satu fungsi utama Kacip Fatimah adalah Super Detox. Jadi tidak mustahil toksin yang disingkirkan dari badan ibu dikeluarkan bersama-sama susu ibu. Wallahua’lam..

Susu ibu tetap susu terbaik, ibu-ibu, sama-samalah kita menghindari sesuatu yang boleh mencemarkan susu ibu agar susu kita terpelihara dan menjadi sumber terbaik untuk anak tersayang.

Salam sihat dan kebahagiaan untuk semua =)

Friday, 12 August 2011

Menyusu hanya dengan ALFALFA, apa kesannya?

Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.



Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.


Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?


Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?


Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.


Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.


Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.




Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....


ATAU


2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.




Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ingin mencuba Set Breastfeeding atau produk Shaklee yang lain ? Hubungi saya untuk dapatkannya. SMS ke 012 - 374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com untuk konsultasi percuma.

Wednesday, 10 August 2011

Jualan Raya dan Penjimatan @ VitaminBestDeal

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca VitaminBestDeal.

Terima kasih atas sokongan anda terhadap VitaminBestDeal, lama tak berupdate blog ni. Sibuk dengan urusan sendiri..Melayan Umar yang banyak berubah perangainya akhir-akhir ni. Alhamdulillah..dengan izin-Nya, hari ni dapat juga update blog ni =)

Ok, sebagai tanda penghargaan saya kepada semua, VitaminBestDeal mengadakan Jualan Hari Raya sepanjang bulan Ramadhan ni. InsyaAllah anda akan mendapat lebih nilai untuk belian anda. Kepada yang berminat untuk mengetahui Jualan Hari Raya dan Promo Ogos ni, sila hubungi saya ya untuk maklumat lanjut.

Selain itu, setiap pembelian Euphoria Trial Pack di VitaminBestDeal, anda layak untuk menyertai Euphoria Raya. Klik di sini untuk mendapatkan Borang Penyertaan Euphoria Raya.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma atau untuk dapatkan maklumat lanjut Jualan Raya ini ! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Thursday, 4 August 2011

Bagaimana Mengenal Vitamin Semulajadi

Bagaimana ye mengenal vitamin semulajadi? Kalau vitamin dalam bentuk pil boleh dipanggil vitamin semulajadi ke? 


Ok..Vitamin semulajadi yang paling asli semestinya boleh didapati daripada makanan yang lengkap, namun bagaimana dengan vitamin semulajadi dalam bentuk pil? Di manakah buktinya ia adalah vitamin semulajadi?


Ya, ia boleh didapati pada labelnya.



Pada botol vitamin Shaklee terdapat label tentang bahan-bahan yang digunakan untuk membuat satu-satu vitamin. Lihat pada : OTHER INGREDIENT.
Secara amnya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat vitamin Shaklee (dan boleh dirujuk untuk memastikan vitamin lain adalah semulajadi) adalah:
B COMPLEX – yis, bran, beras, kacang soya
VITAMIN C – rosehips, grapefruit, beri acerola, buah2 sitrus
VITAMIN D – ikan, yis
VITAMIN E – minyak sayuran, minyak dedak gandum, tocopherols, d-alpha tocopherols
Pendek kata, perlu lihat pada label tentang bahan-bahannya sebelum memilih vitamin terbaik.



Dapatkan vitamin semulajadi Shaklee dengan harga istimewa. Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma dan vitamin Shaklee ! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Tuesday, 2 August 2011

Puasa..Tapi Gastrik

Assalamu'alaikum semua, camane berpuasa? Harap-harap kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik di samping ibadah-ibadah yang lainnya. Untuk para isteri, bulan puasa ni boleh tambah pahala banyak-banyak dengan memasak untuk keluarga =)

Bagi yang menyusu atau mengandung, jangan paksa diri kalau tak boleh puasa, Allah berikan rukhsah kepada anda.

Kita selalu dengar "Gastrik" dijadikan kambing hitam alasan bagi sesetengah orang untuk tidak berpuasa. Memang sesetengah orang yang mengalami gastrik yang serius tidak boleh berpuasa. Kira masuk dalam golongan Uzur iaitu mustahil akan sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ada gastrik, tetapi ditahap biasa, mungkin akan mengalami ketidakselesaan (sakit) sepanjang berpuasa. Apa kata anda cuba Energizing Soy Protein (ESP). ESP sesuai untuk mereka yang ada gastrik. Moga-moga anda dapat berpuasa dengan selesa tanpa perlu menanggung sakit itu lagi. Plus..ESP memberikan tenaga...

Di sini saya kongsikan testimoni..


Hubungi saya untuk konsultasi percuma atau untuk dapatkan ESP ! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Kebaikan Vitamin C

Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.


Credit to Mommy Lyna
Dapatkan vitamin C Shaklee dengan harga istimewa. Harga promosi RAYA !! Hubungi saya segera untuk dapatkannya ! ( 012 - 374 2708 / nora4adam@gmail.com)

Monday, 1 August 2011

Makan vitamin sebelum makan? Apa kesannya?

Saya ingin kongsikan satu info yang menarik tentang pemakanan vitamin. Semoga dapat menambah pengetahuan am kita bersama.
---------------------------------------------------------------------------------

Selama hampir 10 tahun ibu kenali Shaklee maka selama itu la juga ibu amalkan Lecithin sebelum makan. Zaman belajar kat U dulu tiada masalah sebab dari kolej nak ke Fakulti pun dah 15-20 minit jalan kaki....memang sangat membantu la untuk pembakaran lemak....hehehe. Memang slim. Selepas habis belajar, jogging sekali sekala. Banyak exercise dalam shopping complex....jalan satu Mid Valley pun belum tentu berpeluh sebab aircond kuat. Masa menyusu anak paling best!!!! Makan la apa pun semuanya ditukarkan menjadi susu. Best, memang badan maintain slim.


Tapi lepas tak menyusu....badan mula sedikit comel....huwaaaa. Maka ibu pun pastikan makan Lecithin dengan sangat konsisten. Bayangkan bila nak jalan petang ngan abah, ibu akan makan Lecithin sebelum keluar rumah....kononnya nak block nafsu makan. Tapi ibu notice sebaliknya terjadi. Lepas setengah jam, perut mula memulas bukan nak ke tandas tapi isyarat perut perlu di isi. Ish ni tak boleh jadi. Nanti jika berterusan ianya tanda tak bagus. Sebab ibu perlu kawal selera makan bukan menambah selera.

Namun berkat terbaca surat khabar Mingguan Malaysia ada sesuatu yang menarik perhatian ibu seterusnya menjana idea dalam kepala ini untuk mengatasi masalah diet yang ibu  sedang lalui. Dalam artikel kesihatan tersebut menceritakan keperluan enzim dalam tubuh badan manusia. Paling menarik, ada pengetahuan baru yang ibu temui....pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik. Berulang-ulang kali ibu baca untuk memahami statement tersebut....

 No wonder la ibu cepat lapar....sebab glukos yang sedia ada dalam badan sangat cepat ditukarkan kepada tenaga maka penyebabnya perut cepat lapar sebab badan perlukan lebih bahan untuk dibakar menjadi tenaga.   

Oh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!! Maka selama ini ibu dah silap sebab makan  Lecithin sebelum makan.Bagi ibu yang menyusu memang tiada masalah makan sebelum makan sebab pembakaran lemak akan sentiasa berlaku atas keperluan badan untuk menghasilkan susuibu secara berterusan. Namun bagi ibu yang tidak menyusu badan ditambah kurang exercise adalah sangat bagus makan selepas makan.

Hmm patutlah ibu rasa macam tiada efek je makan Lecithin sebagai fungsi nak slim. Cuma kebaikan yang ketara adalah sangat senang dan lawas bila ke tandas. Sejak dari itu ibu menukar cara makan Lecithin. Makan selepas makan. Bagi orang yang baru mengenali Lecithin ibu cadangkan makan 3 selepas lunch dan 3 selepas dinner. Pastikan air diambil dengan banyak supaya penyingkiran toksin dapat dilakukan dengan lancar dan sangat baik.

Apa sebenarnya kebaikan Lecithin sebenarnya? Apa yang ibu belajar dulu, lecithin membantu peningkatan penghasilan kolin dan inositol supaya kita lebih mengingat. Jika Lecithin diambil dengan B complex, ia akan membantu kita lebih tumpuan dalam apa yang kita lakukan dan usahakan. Zaman belajar dulu memang rata-rata kawan ibu makan Lecithin dan B complex. Orite, Lecithin  juga membantu mengilatkan kuku, rambut dan mencantikkan kulit. Fungsi lainnya ialah membantu dalam pembakaran lemak tidak tepu dalam badan kita. Selain ia baik untuk jantung dan membantu dalam masalah pembuangan yang tidak lawas. 

Credit



Jika dalam bentuk fakta ;

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin : 
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA 

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
 Credit 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ingin mencuba Lecithin atau produk Shaklee yang lain ? Hubungi saya untuk dapatkannya. SMS ke 012 - 374 2708 atau email ke nora4adam[at]gmail.com.

Disclaimer

Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Proses Order

Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.

H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com

Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.

***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.

VBD

Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~