Assalamu'alaikum semua..entri ni sambungan kepada entri Persediaan Sebelum Puasa - Usaha Buat Stok Susu (Part 1)
Untuk entry ni, saya nak kongsikan apa yang saya dapat setelah mengambil Set B bersama ESP especially terhadap usaha saya untuk tambah stok susu.
Alhamdulillah dengan pengambilan hari pertama sahaja dan waktu pam pun saya tambah ke 3.5x. Point 5 sbb kat rumah pam sebelah je, buat tandem nursing =) Saya dah berjaya buat 1 stok (4 oz). Ohh..betapa berharganya walaupun 1 stok je. Harap-harap boleh bertambah ke 2 plak..Amiin. Dengan pertambahan susu ni, terubat rindu untuk dengar bunyi susu jatuh semasa pump. Ohh..sangat rindu saat-saat dan bunyi itu dan Alhamdulillah sekarang saya merasai dan mendengarnya kembali =) Setiap kali saya dengar balik bunyi tu, saya akan tersenyum. Ntah la..terasa macam satu kepuasan..terubat rindu kut =)
Kalau ikutkan sebelum ambil ESP boleh je untuk kerapkan waktu pam, tapi saya tak prefer untuk buat sebab keletihan. Balik rumah nak uruskan rumah dan anak lagi. Selepas ambil ESP, isian semula kantung susu lebih cepat. Jap je terasa penuh balik. So no hal la nak pam banyak kali pun =) Walaupun kerap pam, tak terasa letih. Malah terasa lebih bertenaga..ye lah dah namanya energising soy protein, memang ber energy =)
Begitulah setiap hari sejak ambil ESP, hasil perahan saya dah meningkat ke 16oz++. Alhamdulillah hasil pengambilan makanan yang bagus dan sihat, saya berjaya.. cheewah =) Kalau sebelum ni, saya struggle untuk dapatkan 12oz utk keperluan Umar esoknya.
Untuk usaha buat stok ni, saya target, sehari mesti buat sekurang-kurangnya 1x4oz stok. Bila ada target, insyaAllah lebih mudah kita nak capai sesuatu kan.
Kejayaan buat stok ni pun bergantung kepada kekerapan mengepam dan minum air banyak. Walau apa pun makanan tambahan untuk banyakkan susu atau milk booster, kalau tidak diiringi dengan pam yang kerap, tak ke mana juga hasilnya.
Saya doakan ibu-ibu yang juga sedang berusaha buat stok dipermudahkan Allah. Kita sama-sama doakan supaya dimurahkan rezeki anak kita.
Sekiranya ada ibu-ibu yang berminat nak cuba Energising Soy Protein aka ESP ni, boleh sms saya di 012-374 2708, dan semestinya dengan harga yang istimewa. Selamat berusaha buat stok =) don't give up!
Thursday, 30 June 2011
Wednesday, 29 June 2011
Persiapan Sebelum Puasa : Jom ke Kelas Penyusuan Susu Ibu 2011
Hmm..Memandangkan lagi sebulan je lagi kita bakal menikmati bulan puasa, banyak ibu yang menyusukan anak masing-masing mula risau; apa yang bakal berlaku nanti? Dan apa pula persiapan yang perlu?
Nah, anda tak perlu runsing memikirkannya seorang diri lagi sebab saya serta kawan-kawan yang lain bakal mengadakan kelas penyusuan ibu khas membincangkan persiapan kita sebelum bulan puasa! Kelas penyusuan ibu ini akan dikendalikan oleh kaunselor, Pn Suhaily dari LittleBabyVille.
Maklumat Kelas Penyusuan ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Julai, 2011 (Ahad)
Tempat: ScriptoryBox, Puchong
Masa: 9.00am – 12.00pm
Tempat: ScriptoryBox, Puchong
Masa: 9.00am – 12.00pm
Namun tempat SANGAT TERHAD. Dalam apa jua keadaan, priority akan diberikan kepada pengguna VitaminBestDeal.Blogspot. Bukan sahaja priority, tetapi juga DISKAUN!
Anda akan menikmati diskaun 50% daripada harga asal kelas penyusuan jika anda membeli pek ekonomi Set B (Set Breastfeeding : Vitamin untuk ibu menyusu) bernilai RM80. Ini bermakna, anda hanya perlu membayar RM25 jika anda anda hadir bersendirian atau RM40 jika hadir bersama pasangan masing-masing.
Anda juga akan diberikan diskaun sehingga 60% daripada harga asal kelas penyusuan jika anda membeli full pack Set B yang bernilai RM288 (Call/SMS 012-374 2708 sekarang kalau nak dapatkannya pada harga ahli). So, apa yang anda perlu bayar hanya RM20 kalau pergi sorang-sorang atau RM35 bersama suami.
Last but not least, anda jimat sehingga RM40-65 dengan diskaun 80% jika anda membeli full pack Set B bersama Performance Drink, Energy Soy Protein & Osteomatrix bernilai RM592 (hubungi saya untuk harga super special). Anda hanya perlu membayar RM10! Atau RM15 bersama suami!
Macam la tawaran di atas ni tak cukup bagus, anda juga akan diberikan akses ke eBook “Tips Tambah Susu Ibu”. Dalam eBook ni, anda bakal mempelajari cabaran ibu menyusu, punca susu kurang serta bagaimana nak kembalikannya.
And the best part, you stand a chance nak menang iPad 2 bernilai RM1,499! Apa lagi yang lebih baik daripada cuba memberikan yang terbaik buat buah hati tersayang sambil boleh dapat gadget paling hangat masa kini tanpa perlu membayar apa-apa!
Let’s recap. Dengan pembelian tadi, anda boleh :
1- Join kelas penyusuan khas tentang persedian sebelum puasa. 2- Akses ke eBook tambah susu
3- Dan peluang untuk dapatkan iPad 2 PERCUMA!
Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut; 012-374 2708. Kalau tak nak call pun, SMS pun boleh.
Jangan jadikan stok susu anda seperti ini,
Tetapi, biarlah sebegini,
Tak paham apo ko bondo eh graf di atas? Cepat baca artikel pasal Graf Perancangan Susu Ibu Sebelum Puasa… Sebelum anda menyesal tak sudah-sudah……
Credit to Mommy Lyna
Credit to Mommy Lyna
Labels:
kelas penyusuan
,
persediaan puasa
,
persiapan puasa
,
Promosi
,
Puasa
Monday, 27 June 2011
Tambah susu dengan makanan semulajadi
Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.
Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:
Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.
Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.
Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja
Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.
Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya
Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.
Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.
Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
Doa menbanyakkan susu ibu:
Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.
Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.
Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia
Credit to Mommy Lyna
Hubungi saya untuk mendapatkan milk booster Shaklee. Hubungi saya melalui email ke nora4adam[at]gmail.com atau SMS / call ke 012-374 2708.
Saturday, 25 June 2011
Persediaan sebelum puasa - Usaha Buat Stok Susu (Part 1)
Puasa tahun lepas, persediaan saya sebagai ibu menyusu bermula beberapa hari je sebelum puasa bermula. Tapi masa tu, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Production susu masih ok walaupun ada kurang sikit, tapi cukup untuk keperluan Umar dan buat stok. Kerisauan masa tu cuma macam mana berpuasa sambil menyusu? Hari biasa yang boleh makan dan minum pun rasa letih, lapar dan dahaga setiap kali selepas pam / menyusu. Kadang-kadang sampai menggigil sebab lapar.
Dalam seminggu sebelum puasa baru google persediaan, dan saya memilih Set B dan Performance Drink. Alhamdulillah pilihan saya tepat, Set B dan Performance Drink work for me ! Saya dapat menjalani ibadah puasa penuh sebulan sambil menyusukan Umar. Siap bertambah-tambah stok saya. Alhamdulillah.
Tahun ni mencabar sikit, dan Alhamdulillah Allah sedarkan saya untuk bersedia awal. Setelah diuji dengan 2 siri susu rosak dan demam teruk. Pada 17 Jun, stok saya pada tahap ZERO (0)..tiada langsung ! Pada 23 Jun baru saya berjaya buat 1 stok..Alhamdulillah.
Kejadian pertama susu rosak berlaku semasa saya berkursus di Melaka. Walaupun dah berkali-kali pesan kepada pekerja hotel supaya simpan susu perahan saya dalam freezer, tetapi bila saya ambil pada hari terakhir kursus..Kecewa..hancur luluh rasa hati bila tengok susu-susu tu lembik je. Mereka tak simpan dalam freezer !!
Sia-sia hasil perahan hampir 2 minggu sepanjang berkursus.
Kejadian kedua sebab kelalaian sendiri, tutup freezer tak rapat. Sekali lagi hati hancur luluh. Hmm..Redha je la, doa semoga Allah izinkan untuk saya ganti balik.
Selepas 2 kejadian tu saya maintain dengan stok yang tak sampai 10 stok dalam freezer.
Production susu pun makin menurun. Biasanya hasil perahan sehari 12oz++, cukup-cukup untuk keperluan Umar esoknya je dan kadang-kadang ada la lebih skit untuk buat stok.
Tapi selepas demam 2 minggu lepas, hasil perahan merudum ke 8oz je sehari. Memang tak cukup !!
Sebagai persediaan menghadapi ramadhan tahun ini, saya perlu buat stok. Saya perlu ada stok untuk menghadapi kemungkinan tidak sihat lagi atau ada hal-hal luar jangka yang lain. Saya tidak sanggup setiap hari tertanya-tanya dan berdebar-debar, cukup ke hasil perahan hari ni?
Saya perlu usaha lebih dan usaha saya untuk buat stok dan tambah penghasilan susu ialah:
1) Kerapkan pam atau direct feeding
Di ofis saya pam 2 kali je sehari (tidak patut dicontohi). Saya masih maintain pump 2 kali di ofis, cuma saya tambah sesi pam di rumah. Tapi hasil perahan hanya untuk cukupkan keperluan Umar ke taska esoknya.
2) Doa
Doa semoga Allah lapangkan rezeki untuk Umar. Doa sebagai pengiring usaha.
3) Ambil Set B bersama Energy Soy Protein (ESP)
Saya tambahkan pengambilan ESP bersama Set B untuk meningkatkan lagi penghasilan susu. Tambahan lagi ESP memberi lebih tenaga. Penyusuan / pam yang kerap menyebabkan badan terasa letih.
Alhamdulillah, setelah 3 hari mengambil ESP bersama Set B, saya telah berjaya membuat 3 stok (3x4oz) dan badan tidak terasa letih, malah lebih bertenaga dari sebelum ini.
InsyaAllah entri ini bersambung dengan Part 2. Saya ingin kongsikan apa yang saya peroleh dengan tambahan ESP. Jumpa lagi di next entry =)
Susu Ibu Kurang Di Bulan Puasa - Perancangan sebelum menyesal
Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan dirinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!
Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuas, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?
Let’s say,
- anda kini dah ade stok sebanyak 20 Oz dalam Freezer
- jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 Oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
- bayi kesayangan anda cuma minum 15 Oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
- jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa nanti jatuh kepada 9 Oz sehari
Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,
Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh melalak kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.
So, apa nak kena buat?
Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minute atau yakin tak tentu hala. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke Nursery atau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah,
Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stock 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, saya nasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.
Jika anda Berjaya menghasilkan 25 Oz susu sehari mulai sekarang sebelum masuk bulan puasa, anda bakal menyimpan stok susu sebanyak 100 Oz menjelang Syawal! Dengan jumlah sebegini, anda tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba bos suruh outstation kerana urusan pejabat.
Macam mana nak banyakkan susu cara yang paling selamat?
Cubalah menggunakan produk semulajadi seperti Shaklee. So far, Set B (Set Breastfeeding) yang paling berkesan. Selain boleh meningkatkan susu badan (jika anda mengikut nasihat & pesanan yang diberikan nanti), banyak juga yang gemar menggunakannya sebab badan tidak lagi lesu seperti dulu walaupun seharian bekerja.
Harga runcit untuk Full Pack ialah RM296 (hubungi (Call/SMS 012-3742708) sekarang untuk dapatkan harga special) dan RM80 untuk pek ekonomi. Dan kebetulan kini saya sedang mengadakan cabutan bertuah untuk semua pembeli. Hadiah utama iPad 2 OK! Tawaran hanya sah jika anda beli di sini dan dari blog yang tersenarai.
Ataupun untuk lebih BEST anda boleh ambil produk di bawah ni (tambahan Ostematrix ~tiada dalam gambar)
Untuk entry berkenaan, boleh refer ke : Persediaan Ibu Menyusu Menghadapi Puasa.
Sama-sama lah kita bersiap sedia menghadapi bulan Ramadhan al Mubarak. Selain persiapan mental & rohani, koleksi stok susu ibu juga sangat penting
Credit to Mommy Lyna
Credit to Mommy Lyna
Bertindak sekarang! Hubungi saya melalui email ke nora4adam[@]gmail.com atau SMS 012-374 2708.
Labels:
Breastfeeding
,
Puasa
,
Stok Susu
Shaklee Alfalfa Complex
Alfalfa Complex | |
Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi. Alfalfa Complex dihasilkan hanya menggunakan alfalfa terbaik yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
AMARAN : Alfalfa TIDAK DIGALAKKAN bagi wanita hamil yang tidak mem-praktik tandem nursing, ada sejarah KEGUGURAN dan TIDAK BOLEH diambil oleh mereka yang mengalami penyakit Lupus (SLE). * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Ingin mencuba? Hubungi saya dengan menghantar email ke nora4adam[at]gmail.com atau boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708 untuk dapatkannya. Harga istimewa menanti anda. |
Labels:
Alfalfa
,
Breastfeeding
,
makanan tambah susu
,
milk booster
,
Shaklee
,
tambah susu
Wednesday, 22 June 2011
Performance Drink
Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren) Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
Tentang Performance Drink 1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. 4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam. 5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Credit to Mommy Lyna Untuk maklumat lanjut, hubungi saya dengan menghantar email ke nora4adam[at]gmail.com atau boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708. Dapatkannya dengan harga istimewa dari saya. | |
Labels:
Performance Drink
,
Puasa
,
Shaklee
Tuesday, 21 June 2011
Persediaan Ibu Menyusu Menghadapi Puasa
Bulan ramadhan akan muncul dalam sebulan lebih je lagi. Sekarang ni pun pasti ada ibu-ibu yang mungkin tengah sibuk qada' puasa. Bagi kebanyakan ibu menyusu pasti memikirkan cara untuk menghadapi bulan ramadhan tanpa memberi kesan kepada penyusuan, terutamanya untuk ibu-ibu yang memang bertekad dan berazam untuk hanya memberikan susu ibu kepada bayi mereka.
Sebenarnya, tidak semua ibu menyusu akan mengalami pengurangan dalam penghasilan susu, tetapi dari segi tenaga, mungkin ramai yang akan merasai perbezaannya. Ye lah, selain menyusu, kerja-kerja biasa tetap dibuat seperti biasa. Bulan puasa ni, bagi sesetengah orang mungkin perlukan lebih tenaga, buat persiapan berbuka, sahur dan ibadah-ibadah sunat yang lain.
Tahun lepas, saya menghadapi bulan puasa dengan kurma, halba dan tambahan Set Breastfeeding dan Performance Drink (Shaklee).
Alhamdulillah, walaupun ada hari yang rasa kurang bertenaga, saya dapat terus berpuasa dan berpuasa penuh sebulan. Cuma badan cam bau sikit la sebab ambik halba..terlebih dos agaknya ;)
Penghasilan susu pun Alhamdulillah, maintain, malah boleh buat stok lagi.
Persediaan terbahagi kepada sebelum dan semasa berpuasa dan bergantung pula kepada beberapa situasi. Persediaan sebelum adalah untuk menyediakan stok dan persediaan semasa adalah untuk persiapkan diri untuk menghasilkan susu yang mencukupi dan tenaga untuk terus berpuasa.
1. Penghasilan susu masih banyak
Bagi ibu-ibu yang masih baru misalnya umur baby dalam lingkungan 8 bulan ke bawah, kebiasaannya penghasilan susu masih tinggi. Jadi mungkin tiada masalah dari segi penyediaan stok dan penghasilan susu walaupun sedang berpuasa.
Sebelum : Persiapkan mental sahaja mungkin =)
Semasa : Ibu menyusu mungkin hanya perlukan tambahan tenaga kerana selain menyusukan dan bekerja (bagi surirumah, menguruskan rumah juga kerja), ibu juga perlu menyediakan juadah berbuka dan bangun awal untuk bersahur. Ibu menyusu disarankan mengambil Performance Drink dan jika perlu, ambil bersama Set A atau Set B. Set A lebih berfungsi untuk tenaga, Set B pula fungsinya lebih kepada menambah penghasilan susu dan tenaga kerana ia mengandungi Alfalfa. Ibu boleh memilih mengikut keperluan.
2. Penghasilan susu cukup makan cukup untuk keperluan
Bagi ibu-ibu yang hasil perahan hanya cukup-cukup, kadang-kadang ada lebih untuk stok dan stok yang ada pun cukup-cukup je.
Sebelum : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B untuk menggalakkan lagi penghasilan susu, jadi boleh tambah stok.
Semasa : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B dan Performance Drink.
3. Penghasilan susu tak menentu
Bagi ibu menyusu yang hasil perahan tidak menentu, kadang-kadang cukup, kadang-kadang tak cukup. Stok pun hampir-hampir tidak ada.
Sebelum : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B bersama Energizing Soy Protein (ESP). Pengambilan bersama ESP dapat menggalakkan lagi penghasilan susu dan dapat membantu ibu menyediakan stok.
Semasa : Ibu menyusu disarankan mengambil Set B dan Performance Drink. Jika tak cukup, ambil bersama ESP juga.
Walau apa pun milk booster yang diambil, konsep penyusuan mesti tetap dipatuhi. Iaitu :
1. Kerap kosongkan payudara.
2. Banyak minum air kosong. 1L untuk setiap 25kg berat manusia. Kalau berat 50kg, perlu minum 2L air. Namun, untuk mereka-mereka yang ada ambil vitamin dan menyusu, perlu lebih lagi air. Disyorkan 3L.
3. Dan yang paling penting, sentiasa berdoa pada Allah. Mohon diberi rezeki buat anak dan kesihatan buat kita supaya dapat terus menyusukan anak. Doa beserta tawakkal.
* Satu set Full Pack adalah untuk kegunaan kira-kira 4 bulan.
Saya menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli vitamin.
Namun anda perlulah menghantar email kepada saya di nora4adam[at]gmail.com dan boleh juga sms kepada saya di 012-374 2708 untuk mendapatkannya.
Walaubagaimanapun semua tawaran dan pek mini ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK ditawarkan / dijual / disediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia. Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami.
Harap Maklum.
Sunday, 19 June 2011
Hubungi saya
Untuk sebarang pesanan atau maklumat lanjut. Saya boleh dihubungi melalui :
Email : nora4adam[at]gmail.com
No. H/P : 012-3742708
Saya akan cuba memberikan maklum balas segera kepada anda.
Email : nora4adam[at]gmail.com
No. H/P : 012-3742708
Saya akan cuba memberikan maklum balas segera kepada anda.
Tuesday, 7 June 2011
Cabutan bertuah dan menang iPad 2..Wow !
Peluang kepada seluruh pengguna & bakal pengguna Pek Istimewa untuk mendapatkan Apple iPad 2 Percuma!!! Caranya mudah saja, setiap pembelian produk terpilih di VitaminBestDealBlogspot membuatkan anda layak menyertai cabutan bertuah ini.
Bilangan undi yang layak menyertai cabutan bertuah ini berdasarkan pembelian anda:
- 1 tiket = Pembelian Mana-Mana Pakej Pek Istimewa (Set A-J1)
- 2 tiket = Pembelian Mana-Mana Pakej Full Pack (Set A-J1)
- 3 tiket = Setiap Pembelian 1 Botol Vivix Shaklee
- 1 tiket = Setiap Pembelian RM150
Lebih banyak undi jika anda bersedia membeli Full Pack atau Vivix Shaklee.
LAGI!!! Anda juga boleh mendapatkan extra 1 tiket jika pembeli produk VitaminBestDealBlogspot menyatakan nama anda bagi setiap pembelian. Jika ini berlaku, pembeli tersebut akan memperolehi bilangan undi berdasarkan kriteria di atas, dan anda juga akan dihadiahkan 1 undi sebagai ganjaran.
Lebih banyak pelanggan yang menyatakan nama anda, lebih cerahlah peluang anda memenangi cabutan bertuah Apple iPad 2 ini! Tak perlu lagi risau kehilangan atau kerugian undi hanya kerana anda dah pernah beli sebelum ini. Menarik bukan?
Lebih menarik, walaupun anda tidak tergolong dalam lingkungan ibu berpantang, ibu mengandung, ibu menyusu mahupun tidak mengidap apa-apa jenis penyakit, anda masih boleh menyertai Giveaway mudah ini hanya dengan memperkenalkan produk kepada sesiapa yang anda fikir boleh mendapat kebaikan daripadanya.
Tawaran ini hanya sah bagi tempoh Jun-July 2011. Apa tunggu lagi, bertindak sekarang!! Cepat, sebelum ia terlepas ke tangan orang lain!!!
LAGI dan LAGI!!! Jika anda membeli produk di VitaminBestDealBlogspot , anda juga berhak mendapatkan eBook “Tips Tambah Susu Ibu” seperti di bawah.
LAGI dan LAGI dan LAGI!!! Jangan lupa promosi khas buat pembeli di bulan Jun..Beli dan dapat lebih :
- Pembelian Pakej Istimewa Set B akan mendapat tambahan 50% Alfalfa. Kini Pakej Istimewa Set B mengandungi 30 B com , 30 Vitalea, 30 Vit C dan 90 Alfalfa. Harga cuma RM80 percuma hadiah dan penghantaran.
- Pembelian mana-mana pakej istimewa dan hanya perlu tambahkan RM10 untuk dapatkan 90 biji tambahan Alfalfa.
- Pembelian mana-mana 2 pakej istimewa dengan satu penghantaran akan menerima 90 biji Alfalfa PERCUMA.
- Pembelian Full Pack melebihi RM250 ke atas akan menerima diskaun RM5 untuk kos penghantaran.
- Pembelian Full Pack melebihi RM500 ke atas akan menerima PERCUMA penghantaran.
Berminat mencuba vitamin Shaklee dan menang iPad2? Hubungi saya, nora4adam@gmail.com atau 012-3742708. Anda juga boleh menggunakan ID saya 859743 [Noralila] di mana-mana cawangan Shaklee.
Labels:
Cabutan bertuah
,
iPad2
,
Promosi
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Disclaimer
Kenyataan-kenyataan di blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Proses Order
Hubungi saya melalui email / SMS / isi borang Order dengan klik pada icon 'ORDER' di atas. Anda akan menerima balasan dari saya.
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
Pesanan anda akan dihantar melalui PosLaju Malaysia atau courier GDex / Citilink.
Pesanan akan mengambil masa 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada anda.
***COD selain dari Putrajaya, Bandar Baru Bangi & Kajang dikenakan caj mengikut kawasan.
VBD
Nora Nur Adam
H/P : 012 - 374 2708
Email : nora4adam[at]gmail.com
~ Bandar Baru Bangi ~ Putrajaya ~